Alkisah ada sepasang suami isteri ingin menyewakan sebuah rumah pangsa di Desa Mentari.

Ramai bertanya mereka akan rumah pangsa yang diiklankan untuk disewakan di Desa Mentari, namun mereka tidak menjawabnya kerana menghormati hasrat hati si bakal penyewa.


  • Tuan rumah (pasangan A) pun mengiklankannya dalam laman web mudah.com
  • Maka ramailah yang berminat, termasuklah sepasang suami isteri (pasangan B) yang mendakwa menumpang rumah keluarga di Dato Harun,
  • Mereka mahu berpindah kerana ramai ahli keluarga tinggal di rumah yang sama, tambahan pula anak mereka menghidap masalah kesihatan yang agak kritikal.
  • Jadi bakal penyewa ini pun datang melihat hartanah yang bakal disewa, dan mereka segera bersetuju.
  • Pasangan B mahu membayar sejumlah wang, iaitu sepertiga daripada jumlah deposit, sebagai tanda menempah hartanah tersebut.
  • Tetapi tuan rumah menolak kerana bagi mereka biarlah selesai hitam putih dan lebih baik semuanya dilangsaikan sekaligus, di samping menghindarkan masalah dituduh menipu duit orang lain.
  • Tuan rumah berjanji akan menunggu bakal penyewa ini sedia berpindah.
  • Tuan rumah pun memadamkan iklan di mudah.com sebagai tanda hormat di samping tidak mahu memberi jawapan yang mengecewakan kepada orang ramai yang mencari rumah sewa.
  • Bakal penyewa ini katanya mahu masuk pada minggu hadapannya setelah si suami selesai berkursus di luar negeri.
  • Pasangan B pada masa yang sama menceritakan serba sedikit masalah kewangan mereka dan meminta jasa baik tuan rumah menyediakan surat akuan bahawa mereka menyewa dengan tuan rumah, untuk menyokong permohonan zakat sewa rumah mereka.
  • Tuan rumah kata tiada masalah.

Hari berganti hari, janji tinggal janji...

12 tips amalan pembuka pintu rezeki

  • Hari berganti hari, pasangan B meminta tuan rumah menyerahkan surat akuan tersebut. Manakala tuan rumah pula menolak untuk sediakannya selagi pasangan B belum menyewa dengan mereka.
  • Tambahan pula bakal penyewa itu meminta sekeping salinan kad pengenalan tuan rumah.
  • Tuan rumah mula berasa sangsi dan menyelidik tatacara permohonan zakat sewa rumah dan mendapati memang salinan kad pengenalan diperlukan beserta salinan perjanjian sewaan rumah.
  • Tapi tuan rumah masih dengan keputusan hanya akan menyerahkan surat akuan itu apabila deposit dibayar dan penyewa ambil kunci masuk rumah, dengan perjanjian hitam putih dibuat,
  • Pasangan B kemudian bersetuju untuk membayar deposit yang telah dikurangkan daripada 3 bulan ke 2 bulan, dan berjanji akan bertemu untuk membuat bayaran dan ambil kunci.
  • Tapi mungkin kerana tuan rumah menyatakan takkan menyerahkan surat akuan itu pada hari itu, maka pasangan B menangguhkannya, digantikan dengan janji untuk sama-sama ke pusat zakat Selangor, padahal ketika itu tuan rumah sudah sampai di tempat yang dijanjikan.
  • Namun hari ini, apabila tiba hari yang dijanjikan, pasangan B tidak dapat dihubungi, tuan rumah agak terkilan.
  • Tuan rumah terfikir:
    • mungkin pasangan B menipu dan hanya mahukan surat akuan sewaan rumah?
    • atau mungkin pasangan B berasa tertipu dengan "penolakan" tuan rumah?
Jika kawan-kawan berada di situasi tuan rumah, apa yang akan bermain dalam benak fikiran kawan-kawan?
Kalau Tedi jadi macam pasangan A tu, Tedi pun tak tahu nak fikir apa...

20150506