بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Mummy ajak Master ke Seksyen 2 Shah Alam untuk menikmati ABC special.
- ABC tu apa? Ia adalah singkatan kepada Air Batu Campur, satu minuman daripada ais yang dikisar halus dan dimasukkan campuran perasa, pewarna, susu manis, kacang dan kadang-kala buah-buahan.
- Mungkin ia merupakan sejenis minuman tradisional kerana ABC telah lama dinikmati oleh masyarakat Malaysia.
- Tak pastilah jika ABC ni ada di negara lain. Mungkin ada tapi dengan nama yang lain pula.
- Selain minum ABC, Mommy dan Master turut menikmati makanan tengahari di sana yang terdiri daripada pelbagai jenis lauk-pauk.
- Master yang tidak minum ABC pada masa kejadian seperti biasa mencari minuman asasi beliau iaitu Nescafe Tarik.
- Master intai ke kedai yang berhampiran dengan tempat duduk kami, adalah kedai Fradoo ABC... tapi Master nak Nescafe Tarik dan bukannya ABC.
- Master pergilah beli air di kedai yang lebih jauh.
- Ironinya setelah selesai menjamu selera, ada pula pelanggan yang membeli air di Fradoo ABC tu, ada je rupanya minuman lain, tapi rupa kedai seolah tiada apa, tambahan pula tiada senarai minuman yang dijual.
- Salah siapa?
- Sebagai menebus "kesilapan" Master yang telah terbeli minuman di kedai lebih jauh, Tedi bingkiskan kiriman ini, mana tahu ada peniaga bisa mengerti perasaan pelanggan.
- Peniaga kenalah faham, kadangkala senarai harga tu turut menjadi daya penarik kepada pelanggan.
Pengalaman minum air batu campur special Shah Alam
20150525
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.