Tak habis lagi rupanya cerita mengenai sarang kelulut ni
Sebelum ini Tedi menampilkan gambar sarang kelulut yang comel itu, kali ini Tedi sertakan foto sarang kelulut yang telah dibongkar dek beruang.
Gamaknya selagi kerja sekolah Tedi tak siap maka Tedi akan hanya merapu upload gambar semata.
Sehari sekeping gambor pun cukuplah kan sebagai kenangan?
Sementara itu kerja sekolah Tedi hari ini agak perlahan apabila selepas berjaya gunakan AJAX, tetiba sahaja dapat error kerana ada validation semasa post back... adus lah, kenapa complicated sangat?
Gambar yang diambil ketika kami merentas hutan Taman Negara Kuala Tahan ini adalah gambar sebatang pokok yang ada kesan kopak pada batangnya. Pemandu pelancong yang memandu kami menjelajahi hutan tersebut menjelaskan bahawa batang pokok itu telah dikopak oleh beruang yang mahu mendapatkan madu dari sarang kelulut di dalamnya.
Patutlah madu kelulut ini mahal harganya, selain sarangnya yang comel, manusia terpaksa bersaing dengan beruang untuk mendapatkannya.
20150522
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.