Blok Utarid D itu menjadi destinasi kami kali ini untuk mengambil barang-barang Pak Long Fikri.


09 Mei 2015 - angkut barangan Pak Long Fikri yang menamatkan pengajian asasinya.

Pak Long Fikri telah menamatkan pengajian asasinya dan perlu mengosongkan bilik untuk diduduki pelajar baru.

Sebut mengenai Kolej Ke-13 ni, Tedi tengok bangunannya adalah rekabentuk lama seperti berek polis zaman British.

Tandasnya pun terletak di luar, tak kiralah untuk siswa atau siswi. Nak ke tandas tu kena melalui koridor yang juga terletak di luar, jadi memang orang ramai boleh nampaklah kita ke tandas.

Salah satu perkara yang menarik perhatian Tedi adalah perkataan Putra Niaga yang terpampang pada satu papan tanda di blok itu. 

Papan tanda Putra Niaga ni Tedi nampak ada di mana-mana di UPM ni, Tedi pun tak tahu apa kejadahnya Putra Niaga tu, tapi mungkin satu projek atau kesatuan yang membantu para siswa siswi di sana berniaga, almaklumlah pada zaman ini siswa siswi tidak dijanjikan pekerjaan sebaliknya mereka digalakkan mencipta pekerjaan.

20150509