بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Batalkan kad kredit Maybank Petronas di The Garden

  1. Letih sungguh badan ni, tidur lewat sedikit dek penangan ice blended mocha original yang Mommy beli di Midvalley malam semalam.
  2. Semalam kami ke Midvalley untuk batalkan kad kredit Maybank Petronas milik Master. Alhamdulillah, dia dah dapat langsaikan segala baki hutang dalam kad hutang Maybank Petronas tersebut. Urusan pembatalan ini kami selesaikan di Maybank The Gardens di tingkat 3 kalau tidak silap, terletak berdekatan BlueCube The Gardens.

Survey telefon pintar buat Master

  1. Kemudian kami survey telefon pintar untuk Master di kedai SONY Midvalley, di mana Mommy berkenan dengan SONY C3, tapi Master dah tetapkan bajet hanya RM 500 (lima ratus ringgit sahaja) untuk pembelian telefon pintar.
  2. Kemudian kami bergerak ke medan selera untuk berbuka puasa, sambil singgah di beberapa kedai, dan dari situ Master mula mendapati bahawa siri ASUS Zenfone menawarkan spesifikasi yang menarik pada harga yang murah berbanding jenama seperti SONY dan SAMSUNG.
  3. Selepas berbuka, kami menunaikan solat Maghrib, punyalah ramai manusia singgah di surau, pelbagai bahasa dan bangsa, malangnya air bertakung di atas lantai.
  4. Selepas solat kami singgah di Daiso, dan kemudian singgah di kedai ASUS pula. Di situ Master menemui beberapa produk yang sesuai untuk dirinya, dan buat pertama kali Tedi melihat siri komputer RoG (Republic of Gamers) yang bahagian kipas penyejuk pada komputer ribanya sungguh mengkagumkan dek saiznya yang gedabak.
  5. Master meninjau sebuah komputer riba 17 inci, ASUS siri FonePad, dan ASUS siri ZenFone. Master dah bersedia nak beli ASUS Zenfone C yang harganya cuma RM 359 dengan spesifikasi yang rendah, cukup untuk Whatsapp yang menjadi utiliti utama pada zaman ini.
  6. Tapi Master tak jadi beli sebab Mommy berkenan dengan SONY C3, maka kami segera ke kedai SONY semula untuk mendapatkan telefon tersebut. Master pula akan gunakan telefon HuaWei milik Mommy.
  7. Dah beli telefon, kami membeli-belah kelengkapan raya pula, barulah kami singgah beli ice blended sebelum pulang ke rumah.
Gambar komputer riba untuk pemain permainan komputer siri ASUS RoG dengan teknologi Nvidia G-Sync
Tengok tu dia punya kipas, memang kalau tak sejuk tak tahulah...

 

Meneliti Quartz.net

  1. Sampai sahaja di rumah, Tedi usahakan untuk membuat sedikit kajian mengenai Quartz.net, satu pustaka yang membolehkan penjadualan kerja secara automatik.
  2. Memang buntu dibuatnya! Kalau uBuntu tu okay la juga.
  3. Hasrat Tedi adalah untuk memanggil satu function daripada satu laman ASP.Net dan kemudian proses itu dikawal oleh satu proses yang tersembunyi di belakang, menggunakan kaedah fire-and-forget.
  4. Pada awalnya Tedi mahu gunakan HangFire, namun mesin komputer di sekolah tidak boleh install pula pustaka HangFire itu, malang sungguh.
  5. Kadangkala Tedi kecewa dengan keterbatasan teknologi di sekolah Tedi pada zaman serba maju ini.

~20150627~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih