Hari ini Tedi mahu berbicara sekilas pandang mengenai satu taktikal perang dalam Clash of Clans

Taktik Menyerang Menggunakan Naga

Taktikal yang Tedi maksudkan ini adalah taktik berperang menggunakan naga.

Naga adalah salah satu tentera dalam permainan Clash of Clans yang digeruni kerana kemampuannya membinasakan keseluruhan kota jika digunakan dengan betul. Malah jika strateginya betul ketika melepaskan naga semasa serangan, sudah cukup untuk memusnahkan musuh.

Oleh sebab itu ramai pemain menyusun pertahanan kota mereka untuk menangkis serangan naga, selalunya menggunakan taktik umpanan untuk membuatkan naga berpusing mengelilingi kota, dan meletakkan pertahanan udara di tengah-tengah untuk membunuh naga.

gambar daripada Clash of Clan Land menunjukkan taktik strategi perang menggunakan naga

Jadi ramai pemain telah mencipta teknik serangan naga di mana objektif serangan adalah tertumpu kepada memusatkan serangan naga dan elakkan naga daripada berpecah ketika menyerang. Sekali naga berpecah maka peluang untuk menang adalah tipis.

Tetapi tidak pula meletakkan naga berkumpulan sebaliknya jika boleh buatkan naga itu beratur semasa menyerang.

  1. Padanan Naga dan Pertahanan Udara:
    1. Naga lvl 1 : Pertahanan Udara lvl 4,
    2. Naga lvl 2 : Pertahanan Udara lvl 5,
    3. Naga lvl 3 : Pertahanan Udara lvl 6.
  2. Jangan letakkan naga anda sekaligus di suatu tempat kerana ia akan menyebabkan naga itu berpecah dan berpusing mengelilingi kubu musuh. Selain itu, bom udara akan memberikan kemusnahan yang lebih dahsyat apabila naga berkumpul, selain serangan Menara Sihir.
  3. Serang dengan naga terlebih dahulu sebelum lepaskan Mantera Petir (lightning spell), ini akan menjimatkan masa.
  4. Hantar seekor naga untuk musnahkan pondok pekerja jika ada di bucu kubu, jangan risau kerana naga ini akan segera menuruti kawan-kawannya sebaik sahaja pondok pekerja dimusnahkan.
  5. Sasaran pertama adalah untuk memusnahkan pertahanan udara!
  6. Letakkan lebih naga untuk bangunan yang berketahanan lebih tinggi, dan kurang naga untuk bangunan mudah diratah.
  7. Jangan hantar naga seekor demi seekor!
  8. Jika gunakan Belon, lepaskan Naga dulu untuk menjadi perisai kepada Belon, dan diikuti oleh belon pada tempat terhampir dengan Pertahanan Udara.
  9. Gunakan Mantera Petir, atau Mantera Amuk + Mantera Penyembuh. Kemahiran gunakan kombinasi mantera adalah pada diri sendiri.
    1. Mantera Petir disasarkan pada Pertahanan Udara yang paling jauh dari kawasan menyerang.
    2. Mantera Amuk jangan diletakkan pada kawasan yang tidak tercapai dek naga.
  10. Keluarkan Raja Barbarian lebih awal, tapi terpulanglah jika takut diserang musuh.
  11. Perhatikan kedudukan Istana Klan, bukan kerana ia mengancam Naga, tetapi kerana ia boleh memancing Naga pergi ke tempat lain, kerana Naga memang akan mencari mereka.
  12. Tidak perlu memancing tentera Istana Klan musuh!
  13. Naga akan mencari struktur terhampir, maka corak penerbangan Naga ditentukan oleh bagaimana anda membuka jalan untuknya.
  14. Jangan korbankan seekor Naga cuma untuk membuka jalan kepada Naga yang lain.

Baiklah, selamat berperang!

20150606