Mungkin ramai terfikir komputer apa yang semahal itu?
- Jawapannya, Apple I adalah komputer generasi pertama Apple, boleh dikira sebagai dinosaur dan nenek moyang kepada iPhone mahupun iPad.
- Dan siapa pula yang sanggup menyerahkannya ke pusat kitar semula dengan percuma? Mungkin dia tidak tahu nilai komputer tersebut?
- Naib presiden Clean Bay Area menyatakan perempuan yang menyerahkan komputer itu membersihkan rumahnya selepas kematian suami dan tidak mengambil apa-apa sebagai bayaran.
- Selepas syarikat itu membuka bungkusan barulah mereka tahu apa isinya, dan pada mulanya mereka menyangka ianya barangan palsu.
- Namun ternyata ia asli dan terjual pada harga $200,000 atau RM 739,380! Boleh beli rumah yang kami duduk sekarang ni 3 buah!
- Selain itu Apple 1 juga pernah terjual pada harga $387,750 atau RM 1,433,472.97! Satu juta ringgit tu, wawawawa......
- Kini syarikat itu mencari wanita tersebut dan mahu memberikan separuh daripada hasil jualan Apple 1 itu.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.