Yey.. hari ni nak pergi bermain bowling di Kompleks Sukan Airport Nilai.

Mommy akan ada perlawanan bowling pada minggu hadapan bersama teman sepejabat, jadi pada hari ini Master akan membawa Mommy pergi bermain bowling di gelanggang bowling paling hampir.

Kami pun pergilah berlatih di lokasi yang sesuai untuk bermain boling di Nilai iaitu Kompleks Sukan Airport Nilai.

Tedi pun tentulah terpaksa turut serta dalam permainan bowling tersebut.

Orang tua-tua kata, jika mahu menduga laut yang dalam, janganlah kail sejengkal cuma, maka Tedi perlulah menuntut ilmu bagaimana cara mahu bermain bowling.

Tedi perlu tahu bagaimana cara memilih bola bowling dan apakah bola bowling yang sesuai untuk Tedi.

Gambar hadapan Kompleks Sukan Airport Nilai

Kali ini Tedi mahu belajar bagaimana cara memilih bola bowling yang betul dan sesuai dengan diri kita.

  1. Pilih bola bowling yang lubangnya muat jari kita.
    1. Tedi pilih bola bowling yang takkan tersangkut di jari semasa melontar.
    2. Biar longgar jangan ketat lubang jari tu.
  2. Pilih berat bola boling dengan berat satu per sepuluh berat badan kita. Oleh kerana bola boling beratnya diukur menggunakan ukuran paun, maka kita pun perlu tahu berat kita dalam paun. Contohnya,
    1.  berat Tedi 200 kilogram = 440 pound,
    2. 400 bahagi 10 = 40 pound,
    3. maka berat bola bowling maksimum Tedi boleh gunakan adalah 40.
    4. tapi tipulah kan, mana ada bola bowling 40 pound, berat maksimum bola boling rasmi ialah 16 pound atau bersamaan 7.37 kilogram.
    5. Pemain boling yang serius selalunya akan menggunakan bola boling dengan berat di antara 13 pound hingga 15 pound.
  3. Pilih bola boling yang tidak meregangkan jari-jemari anda yang runcing itu,
    1. bermaksud apabila dimasukkan jari, tidaklah kita terpaksa buka tapak tangan dengan selebar-lebarnya,
    2. letakkan tangan lurus ke sisi sambil memegang bola bowling dan jika tak terasa tangan meregang, maka ia mungkin sesuai untuk anda.

Tujuan utama kita adalah untuk mendapatkan kawalan penuh ke atas bola boling, jadi jangan gunakan bola yang kita sukar untuk kawalnya, maksudnya yang kita selesa untuk melontarnya sama ada dari segi beratnya dan juga cara memegangnya.

Selamat mencuba!

Catatan lain yang berkaitan:

 


20150606