بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Bermula dari Puchong, merayau hingga ke PWTC.
Berbuka puasa di Nusaputra
neng geulis vs naelofar
- Kembara kami bermula di Nusaputra kerana memenuhi jemputan berbuka puasa di rumah kawan Master.
- Pada mulanya Master agak kemalasan kerana agak keletihan, dan sebenarnya Master mahu membereskan projek taman di belakang rumah. Tapi dek kerana memikirkan salah satu hak seorang saudara muslim adalah dipenuhi jemputannya, maka Master pun pergi.
- Aturcaranya adalah berbuka puasa, kemudian solat Maghrib, solat Isya', tahlil dan solat tarawikh.
- Kawan Master turut menjempur seorang ustaz untuk imamkan solat tarawikh, dan selepas selesai solat, kawan Master dan kawan-kawannya berbicara soal bekam dengan ustaz tersebut.
- Master sebenarnya berminat, tetapi pada masa berbuka sebelum itu, kami menerima berita bahawa Pak Long Shah kemalangan motosikal dek mengelakkan sebuah kereta yang tiba-tiba sahaja menukar arah. Nasib bermotosikal, silap sendiri merana, silap orang menderita, seperti mentimun dengan durian, menggolek luka, digelek apatah lagi?
Ke Kampung Kenangan
- Usai meminta diri daripada tuan rumah, kami bergegas ke Puchong Kenangan untuk menziarahi Pak Long Shah.
- Mujur juga takdir-Nya kami berada berhampiran maka kami tidak mengambil masa lama untuk sampai ke sana.
- Pak Long Shah tampak okay, tapi kecederaannya kalau Tedi yang kena, tak tahulah Tedi nak tanggung macam mana?
- Apabila jam menunjukkan masa hampir pukul 12 malam, kami pun segera beredar.
Ke PWTC
- Tetapi rupa-rupanya kembara kami selepas itu ditambah lagi dengan kembara ke PWTC, kerana Mommy mahu sertai KL Raya Fest 2015 di sana.
- Nasib baik Master tak tahu bahawa semalam adalah hari pertama acara itu diadakan, kalau tidak pasti Master tak pergi kerana Master trauma dengan tempat sesak, tapi sebenarnya Master pergi juga kerana kasihankan Mommy yang teringin nak pergi.
- Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, kesesakan teruk di Bangsar, Lebuhraya Mahameru, Bank Negara ... pada mulanya kami sangka kesesakan itu kerana ramai rakyat Malaysia menuju Jalan TAR untuk membeli-belah, namun ketika sangkut dalam kesesakan di Jalan Raja Laut, kami mula sedar kesesakan itu dek kerana ramai manusia menuju PWTC.
- Sampai dalam jam 12.30 malam, kami meletakkan kereta di Terminal Putra yang telah ditinggalkan, masih banyak petak letak kereta yang berbaki di sana, terutamanya apabila rakyat Malaysia lebih gemar meletakkan kereta di tepi jalan sehingga mengganggu lalu-lintas.
KL Raya Fest
- Masuk sahaja ke dalam PWTC, perkara pertama yang mengejutkan kami adalah pengumuman untuk kami mengisi borang dan mendaftar, jika tak isi borang dan mendaftar, kami takkan dibenarkan masuk.
- Apa kes? Kalau ikutkan hati Master, nescaya kami akan segera pulang. Suka-suka sahaja mereka meminta data kita dan dengan bongkak takkan membenarkan kita masuk jika tak berdaftar.
- Pergi jualan kelengkapan raya dan tudung je kot. Tak usahlah kemaruk sangat nak minta data pengunjung, jika mahu gunakan cara yang lebih lunak iaitu dengan memberikan hadiah bertuah kepada mereka yang mengisi borang, jika tak isi tak dapat hadiah, tak payahlah sampai tak bagi masuk.
- Pada zaman teknologi ini, data seperti itu banyak cara untuk dimanipulasi, dan melihat kepada pengumum yang muda belia, mungkin mereka ini "darah panas", terlalu agresif tanpa memikirkan sensitivity orang lain.
Booth Naelofar Hijab
- Masuk sahaja ke tapak niaga, memang sesak, kami terpaksa jalan seperti penguin melawat muzium, tengok sahajalah gerai-gerai yang ada dari jauh. Mana yang tampak menarik, kami singgah, dan Master terpaksa mencari sudut-sudut sesuai untuk berlindung diri daripada dirempuh oleh pengunjung-pengunjung wanita. Satu taktikal yang biasa digunakan di kedai kasut, atau kedai pakaian wanita, cuma kali ini Master tak bolehlah duduk jauh-jauh kerana memang tiada ruang.
- Booth pertama kami serbu adalah Naelofar, di mana Mommy beli 2 helai tudung sahaja pada harga RM 100.
- Selepas itu kami berpusing-pusing tanpa hala tuju, tambahan Mood Republik tidak menyediakan pelan lantai booth peserta. Mungkin baru setahun jagung menganjurkan acara sebegini membuatkan mereka hanya fokus kepada peserta tapi tidak kelancaran dan keselesaan pelanggan kepada para peserta acara.
- Kami tidak ketemui booth Adijuma (kalau betul ejaannya) yang menjadi sasaran Mommy, sebaliknya kami singgah di booth Neng Geulis yang Mommy kenali melalui rancangan Go Shop. Mommy shopping di sana entah berapa helai tudung, sambil Master bersandar di tiang seri. Bagusnya booth ini tidak terletak di laluan utama seperti Naelofar maka bolehlah bersandar dengan santai.
- Dipendekkan cerita setelah berlegar-legar dalam pusat pameran dan tak berjumpa apa yang dikehendaki, kami pun beredar. Tambang letak kereta cuma RM 3 sahaja. Ajaibnya KL... jam 3 pagi pun masih sesak jalannya.
- Master memandu dalam keadaan sungguh mengantuk dan setelah dua kali berhenti, satu untuk refuel dan yang kedua untuk minum Nescafe, kami akhirnya sampai di rumah jam 4.30 pagi.
~20150712~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
2 Ulasan
Kalau saya.. memang tak sanggup dah nak berhadapan dengan sesak lautan manusia macam tu.
BalasPadamsamalah... Tedi dan Master tak sanggup.. tapi Mommy sanggup...
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.