Semalam kami singgah di Yemen untuk berbuka puasa.
Yemen yang dimaksudkan bukanlah sebuah negara di Timur Tengah ataupun Asia
Barat, melainkan sebuah restoran makanan timur tengah yang terletak di
Cyberjaya.
Lokasinya ialah di sebelah Restoran Sharin Low dalam kawasan komersial yang sama
dengan Restoran Saba.
Ia menyediakan buffet berbuka puasa bermenukan Nasi Arab pada harga RM 30 (tiga
puluh ringgit sahaja) tanpa caj perkhidmatan 10% seperti yang dikenakan Restoran
Saba.
Dengar khabar, Restoran Saba menyediakan juga buffet berbuka puasa pada harga RM
50 (lima puluh ringgit) sekepala di samping GST 6% dan caj perkhidmatan 10%.
Sebut tentang makanan, bolehlah kekawan cuba sendiri.
Bertemu bekas teman sepejabat.
Adapun kami ke sana bukanlah saja-saja mahu makan di sana, sebaliknya Master ada
temujanji bersama bekas teman sepejabatnya ketika beliau bekerja di Integrated
Knowledge & Campus Management Sdn Bhd (IKCM) dulu.
Agak mengujakan untuk melihat IKCM semakin maju dan semakin ramai pekerjanya
setelah ditinggalkan Master kira-kira 2 tahun dahulu.
Master sempat berjumpa dengan salah seorang pekerja baru IKCM dan dia melihat
ada masa depan yang cerah untuk IKCM.
IKCM bukanlah sebuah syarikat yang besar dan mungkin oleh sebab itu ia lebih
bercirikan kekeluargaan di mana hubungan baik dibina bukan sesama pekerja
sebaliknya turut melibatkan ahli keluarga mereka.
Selain itu IKCM memberi kebebasan kepada para pekerjanya untuk berkarya sesuai
dengan produk yang mahu dihasilkan, sesuai dengan statusnya sebagai sebuah
syarikat pembangun sistem maklumat pengurusan, sistem maklumat kewangan dan
berbagai produk lain.
Setelah selesai berbuka, kami singgah sebentar di ibu pejabat IKCM untuk
menunaikan solat Maghrib, dan kemudian Master sambung berbual sehingga jam
sepuluh malam.
Perbualan mereka rata-rata berkisar kepada perkembangan teknologi maklumat di
Malaysia.
Sebelum pulang, Master sempat bergambar kenang-kenangan dan meninggalkan pesan
untuk IKCM memanggil beliau jika ada peluang Master mendapatkan sumber
pendapatan.
Jika boleh Master mahu menjadi pengaturcara yang expert dan mampu menjual
kemahirannya untuk menjana ekonomi rumahtangga.
2 Ulasan
cam sedap lak tengok nasi tu
BalasPadamsedap, lebih-lebih lagi ketika perut lapar. Tapi rasanya Restoran Saba yang terletak bersebelahan lebih sedap nasinya.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.