Kadangkala terfikir kenapa manusia sibuk nak jadi ahli politik...
- Setelah meneliti gambar di bawah ni barulah Tedi rasa Tedi mengerti kenapa?
- Pernah berbual dengan seorang Pegawai Daerah, dia kata kerja sebagai D.O memang mencabar kerana nak jaga tanah-tanah di bawahnya. Lebih-lebih lagi ahli politik yang akan menggunakan tanah untuk sumber dana bagi menampung perbelanjaan politik mereka. Usah hairan bagaimana tanah rizab Bumiputera boleh menipis dengan rancaknya walaupun pentadbiran Malaysia diterajui parti Melayu.... "wang adalah raja, ibu kejahatan".
- Kadangkala hairan juga bagaimana mereka ini memperolehi saham-saham syarikat? Dan terkadang pelik juga apabila melihat kebetulan syarikat-syarikat yang ada hubungan kekeluargaan dengan pemimpin tiba-tiba berkembang pesat.
- Bagi Tedi, semua orang politik sama sahaja, tak kisahlah parti mana pun, kawan sendiri pun boleh ditikam, apatah lagi musuh, tiba masanya rakyat Malaysia sedarkan mereka bahwa kuasa menentukan jatuh naik mereka ada di luar sana...
20150804
4 Ulasan
eemm.. moga mereka bekerja lebih kuat dari kita yang bergaji RM900 ni.. sesuai dengan kelayakan mereka..
BalasPadamsemoga mereka bekerja kuat bukan hanya untuk penuhi tembolok mereka
PadamMasyyuukkk
BalasPadamye masuk. belum lagi jika mereka ni pandai letakkan proksi untuk kaut kekayaan negara Malaysia ni.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.