Tadi Tedi baca satu kiriman mengenai perangai kurang ajar seorang peniaga di Pantai Klebang, Melaka.

  • Kiriman bertajuk "Kedai makan popular sebab maki hamun." itu mengisahkan mengenai sikap biadab peniaga terhadap pelanggan.
  • Pelanggan itu rasa sakit hati dan memuatnaik gambar kedai itu ke dalam media sosial sehingga menjadi viral.
  • Tedi percaya ramai di antara kita berasa teraniaya dek tindakan ramai peniaga di Malaysia ni. Terkadang kita rasa nak hebahkan ke seantero dunia supaya "bakal" pelanggan takkan terkena.
  • Tedi percaya ramai juga di antara kita yang membatalkan niat itu kerana tak mahu "menutup periuk nasi" orang lain.
  • Perkara yang sama juga sering Tedi alami.
  • Selalu bertanya kepada diri, adakah salah jika kita menghebahkan "penganiayaan" yang berlaku ke atas kita supaya pihak lain boleh berwaspada, atau pihak berkuasa boleh bertindak?
  • Tedi rasa tak salah. Susu dibalas susu, tuba dibalas tuba. Biarlah para peniaga ini mendapat pengajaran dan muhasabah diri, jangan nak mencekik para pembeli atau pengguna sahaja.
  • Cuma kalau nak kongsi tu biarlah daripada pengalaman sendiri, supaya ia sahih dan bukan hanya khabar angin.
  • Apa-apa pun rezeki itu ketentuan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Jika peniaga itu tak betul maka dia akan terima balasannya, tapi pada yang sama kita boleh saja berusaha ubah keadaan supaya tak terus teraniaya.

20150808