Sejak gunakan pasca-bayar Celcom First ni, makin banyak belanja bil telefon

  • Sakit hati rasa apabila bayar bil telefon kena RM 52 untuk bulan ini sahaja.
  • Apabila disemak penggunaan tidaklah banyak sangat, tak cecah kuota pun!
  • Tapi dicaj oleh penerimaan SMS yang berjumlah RM 1 untuk satu SMS! Dikatakan kita melanggan perkhidmatan mereka tetapi sebenarnya tidak pun.
  • Senang sungguh manusia durjana merompak duit orang lain, manusia keparat seperti M Edge Sdn Bhd ini tidak peduli nasib orang asalkan mereka kaya-raya.
  • Ramai yang terkena dengan syarikat ini malahan nama mereka ada dalam laporan SKMM kerana melakukan kesalahan atas platform perkhidmatan SMS/MMS.
  • Lagi sakit hati apabila kita sebenarnya tidak menerima apa-apa pun dari M Edge S/B ni tapi dikenakan bayaran, bulan ini sahaja habis RM 14 Master dicaj!
  • Celcom pun satu, halang sahajalah perkhidmatan dari syarikat ini, tapi Celcom pun peduli apa, mereka pun perlukan wang. Telco lain pun sama sahaja. Mungkin gamaknya syarikat M Edge ni ada share dalam Celcom? Mungkin nama syarikat itu Medge Celcom?
  • Masalah ini nampaknya bermula selepas Master beralih ke pascabayar, mungkin syarikat tersebut ada sumber untuk tahu siapa melanggan perkhidmatan pasca bayar Celcom?
  • Kami telah ke BlueCube Midvalley dan mereka bagi maklumat nombor telefon dan email untuk kami hubungi.
  • Setelah Tedi gelintar dalam internet, Tedi dapati rupanya ramai yang telah terkena dengan syarikat keparat ini.
  • Kita sakit hati bukannya sebab apa, kita tak langgan pun, bukan kita yang hantar SMS/MMS pun, kita terpaksa terima sahaja... tambahan telefon zaman sekarang ni yang jenis buka mesej terus papar kandungan multimedia.
  • Syarikat jahat itu pula akan sasarkan nombor telefon sama ada melalui sumber dalaman yang bocorkan nombor telefon kita atau mereka hantar secara rawak. Yang pasti selepas guna pascabayar Celcom memang banyak mesej sampah sebegitu diterima.
  • Guna internet pun tidak semahal SMS/MMS yang kandungannya tiada apa tu. Kita terima Whatsapp dengan video dan gambar bermacam-macam pun tak kena caj sampai RM 14!
  • Buat masa sekarang kami akan hentikan dulu SMS tu guna kaedah yang SKMM ajar.
Gambar cara hentikan iklan SMS dari M Edge Sdn Bhd

Aplikasi "SMS/MMS blocker" dan "number blacklist" tidak membantu.

  • Bulan lepas Tedi adalah block dan blacklist beberapa nombor yang hantar SMS tu.
  • Memanglah kandungan SMS mereka tidak masuk ke dalam telefon kita, tapi kita tetap kena bayar sebab kandungan itu sampai ke server Telco kita.
  • Jadi memang tiada cara lain, kalau tak berhasil, kenalah hubungi mereka, minta mereka refund kerugian yang kita alami.
  • Tapi orang macam Master, dia memang tak suka cakap dengan manusia, jadi kaedah SKMM itu akan dicuba dahulu.
  • Untung besarlah syarikat keparat M Edge Sdn Bhd tu kalau ramai manusia macam Master di muka bumi ni.

Nota Kaki:

  • m edge s/b
  • medge Celcom

20151030