Master telah berjaya mengumpulkan beberapa rakan untuk bermain badminton

  • Semalam, 03 November 2015 - kami segera bergegas ke Sports Direct Subang Jaya untuk melengkapkan peralatan bermain badminton kepunyaan kami sekeluarga.
  • Tujuan utama adalah untuk membeli 1 raket dan sepasang kasut buat Mommy. Sebabnya raket yang ada agak berat, dan mommy pun tak punya kasut badminton, kalau kasut jogging tu ada 3 pasang kalau tak silap.
  • Malangnya main badminton tak boleh pakai kasut jogging, takut terseliuh kaki kerana kasut jogging punyai tapak tebal untuk serap tekanan semasa berlari, manakala kasut badminton punyai tapak rendah lebar untuk kestabilan.
  • Persediaan kali ini adalah kerana Master dan beberapa rakan sepejabat telah merancang aktiviti bermain badminton bersama keluarga pada hujung minggu ini, di mana diharapkan aktiviti akan menjadi aktiviti pejabat mereka sama ada secara mingguan atau bulanan.
gambar poster promosi jualan murah barangan peralatan sukan di SportsDirect.com Subang Jaya Flagship Store.

Raket Yonex siri Voltric VS Nanospeed

  • Sebelum pergi ke Sports Direct Subang Jaya, Master telah mengkaji raket yang sesuai untuk pemain awal (beginner) dan pertengahan (intermediate) dan didapati bahawa Voltric adalah siri yang sesuai.
  • Yonex Voltric adalah raket yang mempunyai kepala berat, sesuai untuk bermain secara menyerang kerana kepala berat membantu menjunamkan bulu tangkis dengan mudah.
  • Memandangkan ia berat, tidak beberapa sesuai untuk bermain bertahan, tapi Master mempunyai teori setelah beberapa kali bermain badminton iaitu, "hanya pemain hebat sahaja pandai bertahan!".
  • Kalau dari segi pertahanan dah out maka lebih baik fokus kepada serangan untuk mencuri mata seberapa boleh.
  • Sampai sahaja di sana... rambang mata dibuatnya sebab memang ada banyak siri Voltric seperti Voltric Force (RM 199), Voltric 1 (RM 159), Voltric 2 dan beberapa lagi.
  • Master memilih Voltric 1 tentulah sebab harganya.. hehe.. lagipun tak dapat rasa beza sangat antara Voltric 1 dan Voltric Force, tapi bentuk Voltric Force tampak lebih memanjang, mungkin kawasan smash atau disebut sweet spot raket itu lebih luas?
  • Tapi akhirnya Master memilih Nanospeed 1000 selepas "dinasihati" penjual di sana yang mempromosi ia buatan Jepun dan ianya berharga RM 209 dari harga dipamerkan RM 279! Bukan senang nak dapat harga macam tu untuk raket keluaran Jepun... setakat pemerhatian Master selama ini...
  • Kami tinggalkan raket itu di sana untuk dipasang tali... lusa baru ambil... dan beli kasut Mommy pula.

20151104