Sistem baru telah dilancarkan dengan agak lancar

  • Alhamdulillah, sistem baru telah dilancarkan, nampaknya tanpa sebarang masalah.
  • Bergembiralah juak-juak pengurus, sedangkan bagi pasukan Master ianya biasa-biasa sahaja.
  • Sudah beberapa kali mereka melakukan tugasan yang sama, ada cabaran dan halangan, saat berhalangan akan gegak gempita alam seperti dilanda garuda, padahal hanya seekor semut hitam menumpang lalu.
  • Saat nampak semuanya lancar, hebohlah mereka bergembira, sedangkan pelancaran itu hanya sebahagian sahaja. Pasukan Master tidak menumpang rasa, kerana percaya akan sentiasa ada selumbar mencucuk daging.
  • Tiada salah mereka bergembira... sambutlah puas-puas... hebahkanlah serata alam...
  • Tapi apabila diungkit kesilapan lalu yang menambah pengalaman, itu bukan satu keseronokan buat mereka yang berkorban tenaga dan masa.
  • Apabila silap, waima sedikit, dituding-tuding siapa sahaja, asalkan bukan sendiri yang kena.
  • Apabila berjaya (sedikit), nah mari menari sama-sama kita beraya.

Bukan hal Master?

  • Satu projek masih tertangguh, tidak dipersetujui kerana dikatakan bukan milik mereka.
  • Tetapi mereka tidak sedar, tanpa projek itu, sistem mereka takkan menerima maklumat yang diperlukan.
  • Apabila maklumat itu tiada mula mereka meracau mahu disiasat... nah, katanya bukan sistem mereka?
  • Kadangkala sakitnya hati mahu pulangkan paku buah keras, mahu ditolak mentah-mentah permintaan mereka, tetapi apabila mengenangkan itu takkan membantu syarikat, maka Master cuba menolong selagi boleh.
  • Apa gunanya sistem jika tidak membantu manusia?
  • Biarkan sahaja mereka, selagi ada peluang untuk Master menaip bit-bit arahan kompleks, itu sudah memadai.
  • Seorang guru pernah berpesan, emas di dalam tanah, silarnya akan berkilau juga.
  • Cuma mungkin sahaja Master masih belum menjadi emas...

20151205