Lagu Pertemuan dan Perpisahan ni memang malar hijau. Ia tidak menghairankan kerana pertemuan dan perpisahan adalah norma kehidupan.

Lagu ini terdapat dalam beberapa versi, tetapi kesemuanya menceritakan hal yang sama:

  1. Ucapan selamat tinggal
  2. Janji takkan lupakan hubungan persahabatan yang terjalin sekian lama dan memori yang dikongsi.
  3. saling mendoakan kesejahteran masinng-masing.
  4. Harapan untuk bertemu semula.

Pada pendapat Tedi, kekuatan lagu ini terdapat pada liriknya yang ringkas dan iramanya yang berhantu.


Lirik lagu Pertemuan dan Perpisahan versi lama

Telah lama Tedi mencari lirik lagu ni akhirnya ketemu juga...

lirik lagu nasyid pertemuan dan perpisahan adalah lumrah biasa...

Pertemuan dan perpisahan adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa

Jika salah dan silap harap dimaafkan
Moga berkat aman dapat diabadikan
Segala kenangan tidak akan dilupakan
Tersimpul erat dalam ingatan berkekalan

Pertemuan dan perpisahan adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa
* Kepada mereka yang terlibat dalam penstrukturan semula sekolah, diharap terus maju jaya.
Selalunya Tedi dengar lagu ini dalam filem P Ramlee.

Lirik Lagu Pertemuan dan Perpisahan versi Didi & Friends

Lagu Pertemuan dan Perpisahan versi Didi & Friends ini merupakan versi agak baru bagi lagu ini. Liriknya pun berbeza dan ringkas. Mungkin lagu Pertemuan Perpisahan versi Didi and Friends ni lebih sesuai untuk majlis perpisahan ringkas.

Didi dan kawan-kawannya menyanyikan lagu ini semasa perpindahan Kwek dari kampung mereka. Perpisahan mereka diiringi hujan tatkala Kwek menaiki kereta menuju ke tempat tinggal barunya.

Lagu ini diketuai oleh Nana dan dibalas oleh Kwek dengan ucapan, "selamat tinggal oh teman, kita akan berpisah".

Nana... hari ni Kwek dah nak pindah

Pertemuan perpisahan pasti akan tiba
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Memori indah bersama kekal selamanya
Semoga kita akan berjumpa di lain masa

Jangan lupakan kami ya Kwek

Selamat tinggal oh teman
Kita akan berpisah
Selama tinggal oh kawan
Kawan yang setia

Bye Kwek

Memori indah bersama kekal selamanya
Semoga kita akan berjumpa di lain masa

Kwek jaga diri, kami sayang Kwek

Memori indah bersama kekal selamanya
Semoga kita akan berjumpa di lain masa

Bye semua, bye...

Semoga kita akan berjumpa di lain masa

Lirik lagu Bertemu dan Berpisah versi Auld Lang Syne

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati jangan lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga kelak kita berjumpa di lain masa

 

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati jangan lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga kelak kita berjumpa di lain masa

 

Di lain masa

tidak ada seorang pun siap dengan perpisahan, namun setiap ada pertemuan pastilah ada perpisahan.. gambar kartun muslimah bertudung berbaju ungu
Kita mungkin tidak merelakan sesuatu perpisahan tetapi sudah menjadi lumrah kehidupan bahawa setiap pertemuan itu pastinya ada perpisahan. Jika kita tidak berpisah semasa hidup, maut yang akan memisahkan kita. Sumber gambar: picture.bhibin.com

 Karangan ini pertama kali diterbitkan pada 29 Januari 2016 (20160129), dikemaskini pada 12 Disember 2019 dengan memasukkan lirik lagu Pertemuan dan Perpisahan versi Didi and Friends. Ia adalah berkenaan bertemu dan berpisah lirik, bertemu dan berpisah adat manusia biasa lirik, lirik bertemu dan berpisah, bertemu dan perpisahan lirik.