Setelah kenyang perut, kami cuci mata pula
- Selesai sahaja makan di Paramount Coffe, Mommy ajak kami melawat kawasan sekitar, maklumlah di kawasan itu terdapat banyak butik.
- Mommy juga kata dia ada nampak kedai barangan sukan al-Ikhsan Factory Outlet ada di sekitar ketika kami sibuk mencari petak letak kereta.
- Tanpa berlengah kami segera ke sana, dan apabila sampai sahaja di kedai sukan tersebut, kelihatan ramai manusia menyerbunya.
- Kedai itu ada 3 tingkat yang dibuka kepada pelanggan sempena jualan promosi tersebut. Tingkat pertama terletaknya longgokan kasut berlari, kasut futsal, dan bermacam-macam kasut.
- Tingkat 2 pula ada jual peralatan bola sepak dan futsal termasuklah jersi replika. Buat pertama kali Tedi melihat kasut bola keranjang yang turut diletakkan di tingkat tersebut.
- Tingkat 3 pula lebih banyak barangan futsal.
- Master turun ke tingkat 1 dan di sana dia berpusing-pusing meninjau kasut berlari dengan spesifikasi yang agak pelik iaitu tapak kasut berlari itu mestilah berceracak supaya boleh digunakan untuk mendaki bukit. Adakah patut?
- Sebenarnya kasut berlari ni macam satu kehendak sahaja, bukannya keperluan, tapi Master sayang nak lenjan kasut badmintonnya ketika jogging, maka Master agak terdesak meneroka deretan kasut di situ, tambahan pula Deejay asyik mengumumkan, "Hari ini hari terakhir jualan promosi kami yang memberi diskaun sehingga 70%."
Sambar Brooks Ghost 7
- Setelah lama Master menilik semua kasut yang ada di situ, Master akhirnya memilih Ghost 7 kerana tapaknya.
- Master bukanlah seorang pelari tegar, dan Master tak pernah tahu pun jenama apa okay untuk kasut lari, kalau bukan kerana kawan-kawannya pernah kata Brooks dan APAC bagus, tentu Master akan sangkakan kasut itu jenama lokal! Almaklumlah Master hanya tahu Adidas, Nike, Puma dan Reebok... walaupun tak pernah beli kasut-kasut dari jenama yang dikatakan itu.
- Beli dengan harga RM 183, dan dicatatkan di sana harga asalnya RM 459... gila mahal untuk sepasang kasut. Semasa membayar, Master duk kata dalam hati, dah kena tipu dengan al-Ikhsan ni, harga kasut mahal camtu sekali.
- Tapi apabila Tedi review dalam internet, harganya memang macam tu, iaitu RM 459. Lega hati Master...
Koleksi terhad Ombre Pak
- Apabila Tedi meneruskan kajian, sebenarnya kasut Master tu adalah daripada koleksi terhad Ombre Pak.
- Ombre - warna yang berbaur daripada satu warna ke warna yang lain, contohnya kasut Ghost 7 ini daripada Hitam ke Merah.
- Koleksi ini sebenarnya terdiri daripada 3 pasang kasut iaitu Glycerin 12, Ghost 7 dan Adrenaline GTS 14. (Tedi selalu baca, GST, bukan GTS.. hehe)
- Ghost 7 adalah kasut yang kusyennya tidak terlalu tebal, sederhana, dengan beratnya cuma 10.4 ounces... ia direka untuk keseimbangan di antara selesa dan ringan.
- Ghost 7 juga kasut untuk mereka yang punyai lengkungan tapak kaki neutral atau tinggi, fakta yang Master tak pernah tahu semasa beli kasut, cukup muat disarung ya udah.....
- Dua perkara yang Master agak kurang gembira dengan kasut ini ialah warnanya yang terang-benderang dan juga tali kasut yang leper dan halus.
Quran rawak
Surah Al-Anaam: 157
"Atau supaya kamu (tidak) mengatakan: Sesungguhnya kalau diturunkan Kitab kepada kami tentulah kami mendapat petunjuk hidayat lebih daripada mereka. (Kamu tidak akan dapat berdalih lagi) kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan (yang cukup) dari Tuhan kamu dan petunjuk hidayat serta rahmatNya (yang melimpah-limpah). Oleh itu, siapakah yang lebih zalim lagi daripada orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan berpaling daripadanya? Kami akan membalas orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat keterangan Kami (dengan) azab seksa yang seburuk-buruknya, disebabkan mereka sentiasa berpaling (mengingkarinya)."
23 Februari 2016, 20160223
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.