Mencuri masa sebentar mengisi ruang kosong
- Terjaga Tedi daripada lena yang singkat, dan badan terasa mulai pulih dari keletihan bermain badminton di The Challenger PJ semalam.
- Habis bermain jam 10 malam, kemudian tunggu Mommy pick up dalam jam 11 malam baru sampai kerana beliau kesesatan dalam perjalanan dari Mydin Mall USJ.
- Kemudian kami ke Puncak Jalil, menukar beg duit Master yang kawan beliau tertukar setelah menumpang simpan barang dalam beg raket beliau.
- Terasa tekak haus setelah terjaga, gagahi diri ke dapur bawah untuk minum air dari mesin penapis berjenama Cuckoo.
- Setelah membasahkan tekak terlihat pula komputer riba berjenama DELL Latitude D630 yang tidak diusik semalaman, maka Tedi mula menghadapnya.
- Mana tahu kalau ada nukilan menarik?
- Tiada apa untuk dinukilkan, maka Tedi habiskan masa menonton Prince of Tennis.
Bakal pandu uji CX5
- Pagi nanti, sekitar jam 10 pagi, kami telah berjanji untuk memandu uji sebuah kereta Mazda CX5 di Bangi.
- Ini adalah rentetan kepada pandu uji ke atas sebuah kereta Honda HRV sebelum ini,
- Buat pertama kali Master akan memandu sebuah SUV (sports utility vehicle/ kereta peralatan sukan).
- Adakah Master akan berjaya memandunya? dan adakah beliau akan kagumi CX5?
- Beliau tidak mudah untuk kagum.
Mencari Bella di Gua Cahaya
- Kembara sebentar dalam dunia Summoners War, Tedi sempat menentang World Boss dengan 23 ekor monster.
- Nampaknya hasil yang diperolehi tidak mengecewakan.
- Selain itu meneroka juga Light Dungeon untuk mencari Belladeon.
- Tampak masih belum ada bayangannya.
- Kawan-kawan suruh add mereka yang telah berjaya menemuinya, namun Tedi agak berat untuk menuruti.
- Skuad Light Dungeon kali ini diketuai Bernard, dianggotai oleh Sharron, Raoq, Konamiya, dan Ramagos.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.