Selepas berlari 12 kilometer minggu ni, kaki Tedi rasa macam terbakar...
Jadi bagaimanakah caranya untuk Tedi kembali pulih dan segar untuk larian seterusnya?
Ada beberapa tips yang diberi oleh cikgu-cikgu Tedi seperti:
- Segera minum air selepas berlari agar badan terhidrat semula dengan minuman berelektrolit tinggi.
- Regangkan otot-otot major dan juga otot-otot yang berasa tegang. Golek dengan span pengguling jika ada otot-otot yang bermasalah. Lebih baik 25-30 minit selepas berlari dalam tempoh 10-15 minit.
- Makan makanan ringan dengan kadar 4 karbohidrat kepada 1 protein.
- Berendam dalam ais, suhu cukup sekadar ais mencair dalam 2 hingga 3 minit. Sejuk memanglah sejuk, tapi selepas tu otot akan berasa lega.
- Makan makanan sihat bersaiz sederhana, elakkan makanan tak sihat.
- Tidur dengan kaki ditinggikan ke atas untuk kurangkan tekanan darah di bahagian kaki, amat bagus untuk kaki bengkak.
- Dapatkan urutan.
- Mandi 10-15 dengan 4 cawan garam mandian Epsom dalam air panas untuk singkirkan toksin di sekitar otot. Garam Epsom boleh didapatkan di kedai-kedai ubat atau farmasi, digunakan untuk pulihkan kesakitan otot.
- Regangkan badan sebelum tidur.
- Tidur secukupnya.
27 Mac 2016
2 Ulasan
good info, terima kasih share :)
BalasPadaminfo buat diri Tedi sendiri
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.