بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Anda sedang memandu kereta dan ternampak jiran anda dalam kawasan rumahnya

Bagaimanakah untuk menyapa jiran anda itu? Selalunya hon lembut akan diberikan.

Ini adalah cerita tentang hon lembut, iaitu tentang 3 personaliti manusia yang berkaitan dengan hon lembut.

Hantu kebaya merah dalam foto di Petronas Gurun Kedah. Kereta Proton Wira merah.

  1. Individu pertama adalah mereka yang menekan hon dengan sangat lembut, menyapa mesra jirannya. Dia amat yakin dan punyai ilmu bagaimana menekan hon selmut mungkin.
  2. Insan kedua pula, adalah insan yang cuba menyapa jirannya, namun adakalanya hon ditekan terlalu kuat, memeranjatkan jirannya, namun jirannya yang kenali hati budi si pemandu segera sejuk hati apabila melihat siapakah pemandunya.
  3. Pemandu ketiga pula tidak tahu bagaimana menekan hon dengan baik untuk menyapa jirannya, maka dibiarkan sahaja. Jika jirannya menoleh, dia cuma tersenyum mesra.

Begitulah kita dalam kehidupan, apabila menegur, berbual, atau berbahas. Ada saja yang mesra dan positif, ada yang sering lepas cakap, manakala ada juga yang mesra dalam diam.

Anda adalah pemandu yang mana?

P.S: Master adalah jenis ketiga...


~20160309~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih