بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Ini adalah kisah semalam... 30-Mac-2016

Kisah di kelas...

  • Pada pagi hari, sampai di kelas jam 09:15, terlambat gara-gara tertinggal tanda nama dalam kereta Master.
  • semak dengan pengurus projek kelas, Salleh Yaakob berkenaan proses review dokumen spesifikasi teknikal PBO 1.1.0.1. Agak rasa bersalah kerana dokumen itu baru sahaja dihantar semalam dan Tedi dah tanya perkembangannya hari ini.
  • Semak dengan penguji sistem, Lisa Surihani, di mana beliau memaklumkan tiada sebarang masalah. Tedi bertanya beberapa soalan dan meminta beliau uji jika harga jualan kad foto menerima diskaun yang betul jika ada beberapa config diskaun dihantar dalam sehari. Alhamdulillah tiada masalah.
  • Encik Zed Zaidi mendapati anak buahnya tidak memasukkan mesej ke dalam log SVN, dan apabila mereka cuba edit mesej tersebut, ada ralat sistem dipaparkan SVN. Encik Zed Zaidi meminta Tedi memeriksa jika hal itu boleh diatasi.
  • Setelah melakukan beberapa kajian Tedi menemui konfigurasi yang sesuai di mesin pelayan untuk membenarkan pengguna edit log pada SVN. Tedi segera berhubung dengan encik Ilham di Operasi IT untuk mendapatkan bantuannya mengubah konfigurasi mesin pelayan Visual SVN Server tersebut. setelah beberapa kali kami ubah konfigurasi, akhirnya mesej itu dapat diubah sesuka hati oleh para ahli kelas.
  • Balik saja ke kelas, ketua pasukan iaitu encik A.D memanggil beberapa ahli kelas untuk melihat cadangan beliau ke atas mesej piawai untuk mesej log SVN.

Kisah di KWSP Jalan Gasing...

  • Jam 1 petang kami bergegas ke KWSP untuk uruskan pengeluaran wang KWSP untuk selesaikan bayaran ansuran pembelian rumah.
  • Urusan berjalan lancar cuma Master dan Mommy terpaksa gunakan 2 nombor akaun berbeza kerana nombor akaun yang sama tidak diterima, kata pegawai bertugas.
  • selepas itu Mommy cetak penyata KWSP namun percubaannya gagal pada kali kedua kerana mesin kiosk menghadkan hanya 3 cetakan sebulan. Mungkin nak jimatkan kertas atau sebagai satu cara elakkan penipuan?

Makan tengahari di Kampung Lindungan.

  • Kemudian bergegas pula ke Desa Mentari 2 untuk bayar yuran penyelenggaraan.
  • Lapar perut singgah makan di Medan Selera Kampung Lindungan.

Gambar Subaru XV STI hitam depan Thailand 2015.

3:00 petang bergegas ke Subaru Seremban...

  1. Sampai sana jam 4:46 lewat dari janji jam 4:30.
  2. Dimaklumkan Subaru XV STI Dark Gray tiada seperti dijanjikan semalam, sebaliknya digantikan dengan warna hitam.
  3. Mommy pun tak dapat memutuskan sama ada mahu atau tak mahu ambil kereta tersebut, maklumlah dah fikir lain dapat lain, sehingga kami dipanggil oleh boss mereka untuk membantu kami buat keputusan.
  4. Setelah agak bersetuju, tiba masa tandatangani perjanjian pinjaman kereta barulah kami dapat tahu bahawa pinjaman oleh Ambank itu adalah pinjaman konvensional. Kasihan makcik banker itu apabila perjanjian yang disediakan beliau kami tolak, kerana kami mahukan pinjaman Islamik.
  5. Dia kata kalau pinjaman Islamik, hanya boleh 7 tahun dengan margin yang rendah.
  6. Kemudian kami ke Affin Bank Islamic untuk tandatangani perjanjian sewa beli, untung juga sebelum ini kami meminta encik Zul a.k.a Zack dari Subaru Seremban untuk mohon pinjaman di beberapa buah bank.
  7. Urusan kami selesai pada waktu Maghrib, terima kasih kepada pegawai bank encik Farid (kalau tak silap nama) kerana sanggup menanti kehadiran kami.
  8. Balik dari Subaru Seremban, kami singgah di Arang Corner tapi ramai sangat orang dah reserve meja maka kami pun malas lah nak tunggu.
  9. Singgah pula di Dataran Nilai, makan di sana, makan murtabak saiz medium, tapi besarlah pula saiznya sampai kami tak mampu nak habiskan.

subaru xv sti hitam depan kanan

gambar skirt bawah subaru xv sti 2015

Apakah tak patut beli Subaru XV?

Kalau sekali lihat, macam banyak sangat cabaran nak beli Subaru XV STI 2015 ni, macam petanda kami tak patut beli?

Tapi apabila dilihat berkali-kali, nampak beberapa perkaitan yang tak terjangkau. Kami tak dapat warna idaman Mommy iaitu Subaru XV STI putih, tapi harga telah jatuh hampir 25 ribu.

Selain itu kami dapat pula AffinBank Islamic dengan kadar yang lebih murah berbanding Ambank konvensional.

Patutkah batalkan semuanya dan beralih ke CX5? atau tetap teruskan?

Semuanya di tangan Mommy...


Gambar Subaru XV edisi STI berwarna hitam model tahun 2014 Malaysia

~20160331~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih