Apakah komen Master selepas pandu uji Mazda CX5 pada Sabtu lepas?

"So, macam mana pengalaman kau pandu uji Mazda CX5 tu?"

Soalan daripada Mr J itu memulakan bicara di stesen kerja beliau, tatkala Master agak mengantuk pada saat itu.

"Bagus, pengendalian dia bagus."

Bagi Master, CX5 yang diuji Sabtu lalu agak mengejutkan kerana mudah dipandu, dengan sistem kemudi yang ringan, manakala pandangan hadapan sangat luas, lebih luas berbanding memandu kereta sedan, sedangkan CX5 lebih besar.

"Tapi aku tak berkenan 3 perkara."

Gril haapan CX5 agak luas dan kurang ganas. Kalau dikecilkan keluasannya ditambah dengan rekaan yang lebih sukan, pasti akan lebih menarik. Mazda CX5 berwarna biru adalah unit CBU yang diimport sepenuhnya dari luar negara.
 
  1. CX5 ternyata punyai titik buta yang luas di bahagian belakang yang menyebabkan Master agak terkial-kial untuk reverse parking, namun itu disebabkan Master tidak biasa gunakan reverse camera.
  2. Gril hadapan yang tidak sukan (sporty kata omputeh). Luas ternganga, tersengih macam kerang busuk. Tapi semasa memandu, bukannya nampak pun kan? hehehe.
  3. Ada bunyi pada tayar yang agak mengganggu semasa memandu, yang memang kurang menyenangkan terutama ketika pandu uji kereta baru berspesifikasi penuh.

Mazda CX5 vs Honda HRV?

"Banyak juga yang kau tak berkenan. So, mana pilihan kau antara CX5 dengan HRV?"

Dari segi pemanduan, Master terkesima dengan prestasi CX5, dan bagi Master, memandu HRV terasa tidak seperti memandu sebuah Honda, tapi lebih macam memandu sebuah van.

Tapi dari segi pratikal, HRV menawarkan ruang yang lebih luas, sesuai jika membeli barang di IKEA. Master berasa seolah-olah dia perlu pandu uji semula Honda HRV, mana tahu akan dapat feel sensasi memandu Honda?

Jadi siapakah pemenang? Tentunya kena tunggu lagi sebelum jawapan itu menjelma.

 


20160303