Makan di Sharin Low Cyberjaya agak menyegarkan namun mungkin sedikit berminyak...

Mata ku sudah mengantuk, namun jari-jemariku masih mahu berbicara...

Baiklah, kali ini mahu Tedi kongsikan hal atau pengalaman makan malam di Restoran Sharin Low di Cyberjaya.

Kalian mungkin pernah dengar tentang restoran ini yang popular di Bangi, dan cawangan di Cyberjaya ini sahajalah cawangan mereka yang Tedi pernah sampai. Almaklumlah, tak mampu rasanya ke Bangi usai sekolah sepanjang hari.

Sizzling Squid

sizzling sotong di Restoran Sharin Low di Cyberjaya. RM 20 sepinggan.

Seumur hidup Tedi, inilah kali pertama Tedi dengar berkenaan Sizzling Squid ini. Master selalu je makan Sizzling Mee, jadi tidak salah untuk dirinya mencuba makanan ini.

Tak dapat dinafikan, rasanya sedap, cuma harganya.... RM 20 (dua puluh ringgit sahaja).

Nasi Putih dan Ikan Ala Thai

Nasi Putih dan Ikan Masak Ala Thai yang rasa seperti kerabu, RM 9.00.

Fantastic... segar... manis.. masam... hidangan ini memang sedap seperti makan kerabu.. mungkin hidangan ini layak digelar Kerabu Ikan? Harganya RM 9.00 (sembilan ringgit sahaja).

Nasi Goreng Daging

Nasi Goreng Daging Sharin Low Cyberjaya RM 8.00

Nasi goreng ni namanya biasa-biasa sahaja dan di mana-mana pun ada cuma cara masaknya masing-masing berbeza.

Bagi Tedi hidangan nasi goreng daging di sini agak berminyak dan dagingnya halus-halus sahaja.

Harganya RM 8 (lapan ringgit Malaysia sahaja).

20160325