Amalan beribu tahun semakin dilupakan, dilakukan apabila hanya diwajibkan.
Pengenalan: Artikel ini adalah berkenaan kepada puasa, namun akan menyentuh banyak tentang Vivix yang sedang Tedi selidiki.
Hari ini seharian Tedi mengkaji mengenai Vivix, satu jenis makanan tambahan yang dikatakan bagus untuk melawan diabetes.
Dan setelah Tedi gelintar laman sesawang di serata dunia, memang nampaknya banyak yang Tedi jumpa berkenaan keberhasilan Vivix menentang diabetes.
Namun Tedi terus bersikap skeptikal kerana harga Vivix ni mahal, dan Tedi tak rasa Allah SWT ciptakan alam ini hanya untuk dinikmati oleh mereka yang kaya-raya sahaja. Tapi Tedi tentu sahaja akan mencubanya jika benar ia oleh membantu.
Sikap skeptikal Tedi ini bukan sahaja didorong oleh harga Vivix yang mahal itu, tapi kerana ia dinaungi oleh Shaklee, sebuah syarikat dari Amerika Syarikat. Adakah Tedi anti-Amerika? Tidak juga, cuma Tedi lebih yakin yang syarikat dari sana lebih mengejar keuntungan.
Apakah itu Vivix?
Vivix melalui carian Tedi adalah sejenis makanan tambahan keluaran Shaklee yang kandungi pelbagai jenis polyphenol "semulajadi" yang diperah menggunakan teknik mereka yang dipatenkan, yang kononnya membantu mereka mendapatkan polyphenol yang terbaik dan asli.
Salah satu polyphenol yang terkandung adalah resveratrol yang khabarnya baik untuk melawan penuaan dan membantu baiki sel yang teroksida.
Resveratrol ini telah menggegarkan dunia sains apabila ada kajian menunjukkan ia membantu tikus makmal melawan penuaan, dan sejak itu banyak jenama resveratrol ini telah dikeluarkan oleh pelbagai syarikat untuk dijual kepada orang ramai.
Kebaikan resveratrol kepada manusia.
Resveratrol secara teorinya memang berkesan jika ianya asli dan kuantitinya banyak. Ia banyak terkandung dalam wain merah (sejenis minuman keras), dan untuk mendapat kesan yang baik, dikatakan 1000 gelas wain merah masih tak cukup.
Jadi Vivix ini dikatakan dalam kuantiti sedikit, jumlah resveratrolnya adalah lebih banyak berbanding beribu gelas wain merah. Resveratrol yang dikandungi Vivix khabarnya datang daripada sejenis anggur merah yang istimewa.
Vivix bukan dikategorikan sebagai ubat.
- Salah satu piawaian yang Tedi akan rujuk mengenai sesuatu ubat ialah kepada Food and Drugs Agency dari Amerika Syarikat.
- Malangnya mereka tidak memantau Vivix ini kerana mereka kategorikan ia sebagai makanan tambahan dan bukannya ubat.
- Ini bermakna undang-undang yang terpakai kepada Vivix adalah undang2 berkaitan makanan sahaja.
Kesan sampingan pengambilan reservatrol.
- Langkah terakhir Tedi "menyerang" adalah dengan mencari keburukannya.
- Jadi elemen utamanya iaitu reservatrol mungkin sahaja ada keburukannya?
- Namun melalui pembacaan Tedi dapat disimpulkan bahawa, para doktor masih belum dapat bukti kesan baik pengambilan reservatrol, dan menasihati pengguna bahawa jangan anggap ia sebagai ubat.
- Selain itu reservatrol dikatakan hanya akan ada kesan buruk jika digunakan bersama ubat "pencair darah" seperti warfarin, dan aspirin.
Jika Vivix terlalu mahal, maka apakah alternatifnya?
Tedi agak sukar menjawab soalan ini, kerana kebanyakan jawapan pada awalnya menjurus kepada jangan makan itu ini yang tentunya "menyeksa" para penghidap diabetes.
Namun setelah terjumpa satu program diet dalam diabetes, ternyata mereka menggunakan puasa sebagai satu cara melawan diabetes berbanding menggunakan ubat-ubat yang mahal dan makanan tambahan yang masih dalam fasa cuba-jaya.
Apakah kesan puasa kepada badan?
- Ini tentunya adalah soalan klise, setiap kali bulan Ramadhan, pasti penuh surat khabar dengan soalan ini untuk promosi puasa.
- Kesan puasa kepada badan adalah berbeza mengikut individu, yang pastinya badan akan menerima kesan puasa jika ia berterusan.
- Badan akan mula menerima kesan puasa selepas 8 jam mula berpuasa (masa terakhir makanan diambil).
- Ketika kesan berpuasa mula dinikmati tubuh, ia akan gunakan gula simpanan (glukosa) dalam tubuh sebagai sumber tenaga, ini tentunya kurangkan kadar gula dalam tubuh kerana gula terpaksa dihabiskan.
- Kemudian badan akan gunakan lemak pula sebagai sumber tenaga, dan pada fasa ini barulah berat badan mula menurun, dalam jangkamasa panjang. Kalau setakat puasa sekali dua tu, jangan mimpilah ye. Tapi boleh saja jika diizinkan Allah SWT.
- Apabila berat badan terkawal, lazimnya kadar gula, kolesterol dan tekanan darah turut turun. Namun, jangan gunakan puasa sebagai kaedah menurunkan berat badan pula. Berpada-padalah ya sesuai dengan pesan Rasulullah SAW yang lebih kurang bermaksud, "amalan yang baik adalah amalan yang sedikit tapi konsisten (istiqamah)", boleh cari sendiri hadith yang sebenarnya ya, tapi sebagai bukti ia dilakukan sendiri oleh Rasulullah SAW yang puasa sunat Isnin Khamis - sedikit dan konsisten.
- Selain itu buat umat Islam, apabila ikut sunnah Rasulullah SAW ini, pastinya ada keberkatan. Apabila ada keberkatan, insya-Allah, Allah akan berikan kesihatan.
Perubahan diet semasa puasa.
- Dinasihatkan semasa puasa, diet kita diubah.
- Sahur - ambil makanan yang lebih susah diserap iaitu yang punyai glycaemic index yang rendah seperti beras basmati, roti pitta, dan cappati beserta kuah kacang dhal. Ia akan mengenyangkan kita dan pastikan bekalan glukosa semasa puasa adalah cukup.
- Berbuka - kurangkan makanan yang berlemak dan berminyak. Minum air yang tiada kafein dan kurang manis, untuk hidratkan badan.
Berjaga-jaga ketika puasa.
- Buat pesakit diabetes, kemungkinan hypoglycaemia akan berlaku jika kadar gula tiba-tiba turun dengan mengejut, jadi berhati-hati dan dapatkan nasihat doktor.
- Selain itu, paras gula mungkin juga meningkat dengan drastik bagi penghidap Diabetes Type-1, menyebabkan hyperglycaemia.
Kenapa Tedi yakin dengan puasa?
- Persoalan ini akan Tedi jawab gunakan teori sains dahulu, iaitu diabetes terjadi apabila ada lebihan gula dalam darah.
- Lebihnya gula ini terjadi apabila, badan tak hasilkan insulin dengan cukup (Diabetes Type-1, dan badan hasilkan insulin, tapi badan reject insulin sehingga insulin yang dihasilkan kebanyakannya tak dapat berfungsi baik salurkan tenaga daripada glukosa kepada sel badan.
- Jadi apabila badan dah habiskan gula dalam darah, maka insulin tidak diperlukan sangat, dan tubuh tak perlu hasilkan lebih insulin.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.