Ya, ianya berbahaya lebih-lebih lagi pada kelajuan tinggi.
Pertukaran transmisi automatic dari Neutral ke Drive sepatutnya hanya dilakukan semasa kenderaan tidak bergerak sama sekali.
Hukum yang sama juga terpakai pada penukaran gear auto ke Reverse, patut hanya dilakukan semasa kenderaan berhenti sahaja.
Sebabnya pertukaran dari Neutral ke Drive semasa kenderaan bergerak akan memberi tekanan kepada transmisi automatik.
- Tindakan itu akan membuatkan torque converter dan enjin tiba-tiba terpaksa bekerja keras.
- Ini akan memberi tekanan torque yang tinggi ke atas sistem transmisi.
- Walaupun ia mungkin takkan jahanamkan sistem transmisi automatik sekaligus, ia akan tinggalkan parut yang besar kepada enjin, dan apabila dilakukan berulangkali, kadar sistem gear untuk rosak adalah lebih tinggi.
- Hukum yang sama juga terpakai apabila menggunakan gear rendah, jangan sesekali tukar kepada gear rendah semasa kenderaan sedang memecut.
2 Ulasan
saya ada jugak buat dari auto ke drive masa turun bukit
BalasPadamkena stoplah mulai sekarang.. kan?
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.