• Formasi 4-4-2 memang memeningkan kepala Tedi kerana ia adalah formasi yang stabil untuk menyerang dan bertahan.
  • Apatah lagi apabila bertemu lawan yang sama kuat atau lebih kuat, kalau lawan yang lemah tu, selamba saja Tedi titik. Hehehe.
  • Namun setelah sekian lama menanti dan mencuba, Tedi rasa Tedi dah tahu formasi yang konsisten untuk menewaskan formasi 4-4-2 Default tersebut.

Gunakan formasi 4-3-2-1 untuk menewaskan formasi 4-4-2 dalam Top Eleven:

Contoh formasi 4-3-2-1 Top Eleven untuk kalahkan formasi 4-4-2.
  • Formasi 4-3-2-1 yang Tedi gunakan ini Tedi gelar formasi anak panah (arrowhead).
  • Sebabnya?  Kan rupanya macam anak panah tu? Ish ish ish... lagi mau tanya ka? (Gurau je, jangan marah ya...).
  • Formasi 4-3-2-1 ni gunakan 4 orang pemain pertahanan iaitu Pertahanan Kiri, 2 orang Pertahanan Tengah, dan Pertahanan Kanan.
  • Di atas pertahanan, ada 3 pemain tengah, iaitu Pemain Tengah Kiri, Pemain Tengah, dan Pemain Tengah Kanan.
  • Di atas pemain tengah, ada 2 orang Pemain Tengah Menyerang.
  • Paling atas, seorang Penyerang sahaja digunakan.
  • Tujuan Tedi gunakan formasi ini adalah untuk menembusi bahagian tengah pertahanan lawan, memandang formasi 4-4-2 perlukan permainan yang melebar.
  • Adalah penting untuk serasikan pasukan supaya Pemain Tengah Kiri dan Kanan segera hantar bola kepada Pemain Tengah Menyerang.
  • 2 orang pemain tengah menyerang akan membantu buka ruang untuk penyerang jaringkan gol kerana 2 orang pertahanan tengah lawan akan terpaksa bertarung dengan 3 orang pemain Tedi.

Arahan pemain untuk formasi 4-3-2-1

setting arahan pemain untuk formasi 4-3-2-1 mengalahkan formasi 4-4-2 dalam permainan Top Eleven

  • Perkara paling penting adalah, lakukan serangan balas (counter attack).
  • Gunakan perangkap offside dan buat tekanan dengan pertahanan naik tinggi ke atas.
  • Pemain pertahanan yang pantas dan boleh hantar bola jauh amat penting dalam formasi ini.
  • Pemain simpanan wajib ada Pemain Tengah Kiri dan Kanan kerana mereka akan kepenatan. Penyerang pun boleh dimasukkan. Pemain pertahanan wajib ada untuk kekalkan momentum.

20160424