Lazimnya pemakai tudung akan menggunakan banyak jarum atau kerongsang...

Jarum dan kerongsang berbagai gaya itu pula lazimnya akan diletak merata-rata.

Sama juga buat Mommy, maka beliau telah mencari inisiatif untuk membuat bekas letak jarum dan kerongsang.

Inilah hasilnya....

Pada awalnya memanglah digunakan, tapi sekarang macam tak guna je.... sama je Tedi tengok... hehe

gambar bekas jarum peniti tudung DIY kraftangan senang

Teringat pada suatu masa dahulu Tedi selalu mengutip jarum peniti ni menggunakan besi berani atau magnet. Besi berani itu selalunya diperolehi daripada speaker radio, kalau besar pembesar suara radio tu, maka lebih besarlah magnetnya.

Jarum peniti ni dulu Tok Mak selalu gunakan untuk "cantumkan" bahagian baju sebelum dijahit. Kalau jarum ni berterabur atas lantai memang susahlah nak dikutip sebab ianya halus dan tangan Tedi ni besar, jadi kita kenalah gunakan apa sahaja teknik dan teknologi yang tercanggih di abad ini untuk mengutip jarum-jarum tersebut.

Di bawah ini adalah gambar jarum peniti yang melekat pada sekeping magnet. Sumber gambar ini adalah daripada kiriman bertajuk "Jom belajar buat tudung labuh".

Gambar jarum peniti melekat pada besi berani a.k.a magnet

Tapi itu adalah bentuk jarum peniti yang biasa-biasa sahaja digunakan pada suatu masa dahulu dan sekarang. Ada banyak lagi jarum peniti yang berbagai-bagai bentuk dan warna boleh diperolehi di pasaran. Warnanya yang garang akan memudahkan ia dikesan, manakala hulunya yang besar membolehkan ia senang dipegang. Contohnya seperti gambar di bawah yang menunjukkan jarum-jarum yang digunakan sebagai alat jahitan.

Gambar jarum peniti tudung dengan pelbagai jenis bentuk dan warna.

Itu sahaja coretan Tedi buat kali ini, semoga kita bersua lagi dalam coretan Tedi seterusnya.

20160402