بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Bagi Master yang baru berjinak-jinak dengan sukan badminton, mencari peralatan yang sesuai agak memeningkan.

Salah satu daripadanya adalah membeli bulu tangkis. Jika dibeli untuk kegunaan diri sendiri, tiada masalah sangat. Tapi jika pembelian itu akan melibatkan mereka yang tiba-tiba menjadi pemain badminton profesional... agak menyeksakan.

Badminton pictures for Li-Ning brand badminton game Strike model
Gambar bulu tangkis untuk permainan badminton jenama Li-Ning model Strike

Gambar di atas adalah bulu tangkis Lining Strike. Harganya yang murah mendorong Master membelinya.

Harganya setabung adalah RM 42 (empat puluh dua Ringgit Malaysia sahaja) manakala jika dibeli 2 tabung akan dapat harga RM 80 (lapan puluh Ringgit Malaysia sahaja).

Masalahnya adalah bulu tangkis Lining Strike ini cepat patah atau rosak. Lebih baik beli bulu tangkis yang lebih mahal (dalam lingkungan RM 60 ke atas) dari jenama seperti Protech atau RSL.

Definisi bulu tangkis

  • bola tangkis, badminton; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
  • sejenis permainan seperti tenis dan meng­gunakan sejenis bola daripada bulu ayam, badminton; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
  • badminton. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
  • bola yg digunakan dlm permainan badminton. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

~20160401~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih