بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
PENGASAS D'Herbs Healthy Sdn Bhd (D'Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengesahkan pihaknya merupakan penaja utama pasukan Kedah selama tiga tahun bermula musim ini.
Majlis perasmian bersama Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) akan diadakan pada masa terdekat dan Aliff Syukri juga akan mengadakan satu majlis besar-besaran di Kuala Lumpur untuk meraikan jalinan kerjasama yang dimeterai tersebut.
"Saya bersetuju untuk menaja pasukan Kedah selama tiga tahun dan jumlah yang diminta oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) adalah sebanyak RM30 juta.
"Saya berharap tajaan ini dapat mengkomersialkan jenama pasukan, baikpulih stadium dan membangunkan pembangunan di peringkat akar umbi. Semua pihak sudah bersetuju dan kita hanya akan menunggu majlis perasmian dan pelancaran sahaja selepas ini," katanya pada sidang media, semalam.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk menaja Hijau Kuning untuk jangka masa lebih panjang selepas ini berikutan melihat kepada potensi semasa pemain-pemain muda yang akan lebih menyerlah pada masa hadapan.
Mengulas mengenai perlawanan Liga Super 2016 di antara Kedah menentang Johor Darul Ta'zim (JDT), Aliff Syukri beliau percaya pasukan itu akan lebih mampu berdaya saing.
Pada perlawanan tersebut, Ketua Pasukan, Baddrol Bakhtiar menceriakan lebih 15,000 penyokong Hijau Kuning apabila meletakkan Kedah di hadapan 1-0 seawal minit pertama perlawanan hasil hantaran Farhan Roslan.
Bagaimanapun JDT menyamakan kedudukan 1-1 apabila Juan Martin lucero menjaringkan gol penalti pada masa tambahan separuh masa pertama selepas Pereyra Diaz dijatuhkan dalam kotak penalti.
Bacaan berkaitan:
- 4 Mei 2016, 20160504: Kedah FA tolak tawaran tajaan D'Herbs
Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/sukan/d-herbs-taja-hijau-kuning-selama-tiga-tahun-1.512897
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR, 20160427
~20160427~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.