Mesin basuh Haier itu buat perangai lagi kali ini. Ia enggan mengeringkan hasil cucian. Habis sahaja bilas, ia berhenti bekerja
Adakah masanya telah tiba untuk mesin basuh berusia 8 tahun itu ditukar?
- Pada mulanya ia cuma enggan untuk mengeringkan (spin) cucian di dalam perutnya, tetapi apabila hari mulai menghampiri petang, ia juga enggan untuk membilas pakaian yang dicucinya.
- Jika setakat tak keringkan (spin) tu masih boleh diterima kerana Master masih boleh memerah kesemua cucian itu, dan cahaya mentari yang terik juga sangat membantu untuk menyejat semua lembapan itu ke udara.
- Namun apabila ia mula enggan untuk membilas pakaian yang dicucinya, itu memang tak boleh diterima. Mesin basuh apakah itu jika ia tidak boleh membilas?
- Entah kenapa hati masih berasa tenang dan berasakan bahawa mesin basuh itu tidaklah rosak, cuma ada sedikit masalah untuk berfungsi. Padahal sebenarnya dalam hati dah risau dan cuba nafikan kena beli mesin basuh yang baru, sebab tu lah cuba yakinkan diri bahawa itu cuma masalah kecil. Nak cekau duit tang mana nak beli mesin basuh?
Tedi mulakan siasatan kenapa mesin basuh LG tidak mahu spin?
- Baiklah, apabila mesin basuh itu tidak mahu spin, perkara pertama yang terlintas dalam kepala Tedi ialah mesin basuh itu tidak seimbang kandungan isi perutnya. Jadi Tedi cuba seimbangkan semua kandungannya dan cuba spin semula namun semuanya hampa.
- Perkara kedua yang terlintas dalam kepala otak Tedi ialah mesin basuh itu anggap pintu masih terbuka (dan ternyata ianya benar). Ini adalah kerana bunyi-bunyian yang dihasilkannya adalah sama dengan keadaan di mana mesin basuh itu tidak ditutup pintunya ketika ia mahu mengeringkan pakaian.
- Master cuba capai dengan jari pada satu celah di sebalik pintu mesin basuh itu, tapi walaupun sesuatu yang terasa seperti suis itu ditekan, ia tetap tak berhasil.
- Kami mulalah merujuk kepada panduan di laman maya dan malangnya model itu sudah kepupusan maka cerita padanya tak banyak.
- Satu cadangan mengatakan bahawa getah motor mesin basuh yang memutarkan drum cucian telah longgar. Tapi setelah Master buka habis badan bahagian belakang mesin basuh itu, dan ditonggengkan mesin basuh itu, didapati bahawa getah motor elektriknya masih kukuh dan ketat dan mantap. Salah satu cara ujinya adalah dengan memusingkan dram dan jika ia tidak berpusing maka ianya dalam keadaan yang bagus.
Mahu saja ku tendang mesin basuh itu.
- Kedengaran seperti tajuk novel Melayu yang klise, tapi mana ada cerita novel Melayu pasal mesin basuh?
- Master memang nak tendang dah mesin basuh tu, sakit hati wooo, entah apa masalahnya. Namun masih kukuh dalam keyakinannya bahawa mesin basuh itu tidak berfungsi kerana mesin basuh itu keliru dan percaya bahawa pintunya tidak ditutup rapat..
- Maka, satu usaha terakhir sebelum Master menyerah kalah, ketika pada waktu solat zuhur, Master tadah tangan dan berdoa, "Ya Allah, kurniakan kepadaku rezeki pada mesin basuh itu, dan perbaikilah ia untukku.", yang lebih kurang bermaksud jika ada rezeki Master, maka Master memohon ia dapat dibaiki oleh dirinya, bukan bermaksud meminta mesin basuh itu tiba-tiba elok.
- Master turun semula ke tingkat bawah, menghampiri mesin basuh itu, dan menepuknya manja. Kemudian Master cuba spin cucian semula, ternyata ia tetap tak mahu.
- Hampir sahaja Master menendang mesin basuh itu... Tension wooo...
Ku buka panel kawalan, moga ia membuka pintu hatimu...
- eh, tajuk apa macam tu? haha.
- Sebagai langkah terakhir, Master membuka panel kawalan mesin basuh itu yang padanya ada semua bebutang untuk mengoperasikan mesin basuh itu.
- Selepas dibuka dan dileraikan satu-persatu, akhirnya Master menemui suis yang menentukan sama ada pintu mesin basuh itu sedang terbuka atau tidak.
- Ianya cuma 2 kepingan tembaga yang nipis, yang akan bersentuhan apabila pintu mesin basuh ditutup. Satu teknologi yang ringkas tapi cukup memudahkan manusia. Selama ini Tedi fikir mesin basuh itu ada komputer yang boleh periksa sama ada pintunya tertutup atau terbuka.
- Pada kepingan itu terdapat karat dan lumut hijau.
- Master kikis dan bersihkan kedua-dua kepingan tembaga itu, dan setelah disentuhkan, tetiba sahaja mesin basuh itu berfungsi mengeringkan cuciannya. Tak sia-sia berdegil, alhamdulillah, usaha kami ada hasilnya.
Namun Saluran Paip Keluar Sudah Reput
Setelah selesai semuanya, kami cuba memasang semula bahagian mesin basuh yang kami bongkar sebelum ini.
Malangnya kami dapati bahawa paip yang menyalurkan keluar air basuhan sudah mereput dengan jayanya.
Kami segera ke Mr DIY Bandar Baru Nilai yang terlketak di Giant Nilai, dan kami beli perkakas yang kami kehendaki iaitu getah saluran air keluar mesin basuh dengan harga hanya RM 8.90.
Setelah dapat apa yang dikehendaki, kami pulang ke rumah untuk memasang saluran air keluar mesin basuh. Alhamdulliah berjaya.
Diterbitkan pada 20160407, karangan ini adalah mengenai spin mesin basuh rosak kerana masalah pada suis pintu mesin basuh.
10 Ulasan
nota untuk masa hadapan... hihi
BalasPadammesin bgus LG okay bagus ke?pnah guna tv dia je...hmm bole la...nak carik mesin basuh jgak ni..tp isaw pulak nnt cpt rosak ke ape..slain ni brand apa lg yg elok?
BalasPadamcuba brg yg brjenama la,sllunya prformance bgus.ssah nk rosak jgk..nk lg okay cri yg ada bg wrranty lma,jadi apa2 nnt snang je...
Padambarang branded sllu yg dari luar negara punya la.byk je..kena pandai plih.tapi untuk org kurang bajet ni cari je jenama tmpatan pon..kena pandai jaga la..
Padamokay la tu dah 8 tahun guna sekarang dah 9 tahun... harga pun lagi murah dari harga handphone zaman sekarang... huhu
Padamokay je sy guna LG ni..klu ckp psl rosak brg apa2 pon klu dh lma guna akn rosak jgk..sy brg rumah semua guna LG ..lgpun byk je dgr nma LG ni kt mana pon
BalasPadamLG promote diri mereka sebagai bukan yang terbaik tapi kedua terbaik bermakna mereka akan sentiasa ada motivasi untuk jadi terbaik
Padamkenapa tak cuba jenama luar negara ..
Padamaq guna jenama beko ky umah i ,jenama ni dari euro .. cuba lar jenama ni ..
mmg bagus tau ..tahan lama jugak ....
@Hazji mgkin sllu dgr nma Lg ni sbb jnama ni dh lma ada kt mlysia dn rmai org guna..
Padamyg sbut beko ape tu,sy ada search ckit nma ni,ni bru msok mlysia kn,ptot kurang dgr..design produk pon nmpk elegan tp hrga msih brptutan..teknologi pon yg terkini pnya sbb tgk review org luar rmai je guna jnama ni.
Beko jenama dari Turki, design mungkin tak cantik, tapi function nya boleh dapat lebih pada harga 3 kali lebih murah berbanding mesin basuh lain yang bagus.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.