Kenapa Berat Badan Tedi Tak Turun?
Tedi dah penat mengikat perut. Tedi juga dah selalu bersenam – berlari, main badminton, malahan ikut senam aerobic.
Tapi berat badan Tedi masih sama je… turun pun dalam 0.5 kilogram?
Pening kepala Tedi dibuatnya.
Namun setelah melalui beberapa sesi pencerahan, Tedi mula dapat jawapan kepada persoalan “kenapa berat badan saya tak turun?”
Tedi tidak minum cukup air
H2O sangat penting kepada mereka yang mahu menguruskan badan, ia membantu sekat selera makan, jadi kita takkan terlebih makan.
Selain itu jika kita tak cukup air, buah pinggang kita takkan dapat berfungsi dengan baik, jadi badan kita akan minta bantuan daripada hati. Apabila hati bekerja keras, lebih banyak lemak yang kita telan akan disimpan berbanding dengan yang dibakar.
Selain itu Tedi makan banyak serat, jadi lebih banyak air diperlukan, jika tidak Tedi akan alami sembelit.
Minimum air yang perlu diminum adalah 12 gelas sehari! Bukan 8 ya.
Tidak ambil cukup protein
Kajian menunjukkan bahawa diet tinggi protein berhasil mengurangkan lebih berat badan.
Protein beri kita rasa kenyang, dan ia juga elakkan kita daripada kehilangan otot.
Selain itu badan akan perlukan lebih kalori untuk bakar protein berbanding karbohidrat dan lemak, kerana protein lebih sukar untuk dibakar.
Wanita sepatutnya ambil 40 gram sehingga 80 gram protein sehari.
Tedi duduk saja sepanjang hari
Semasa waktu persekolahan Tedi memang tak nafikan bahawa Tedi lebih banyak duduk.
Masalahnya kajian menunjukkan senaman yang dilakukan takkan dapat gantikan masa Tedi duduk diam.
Kajian oleh University of Missouri-Columbia, menyatakan bahawa duduk untuk hanya beberapa jam akan sebabkan badan kita berhenti hasilkan enzim lipase yang mengawal lemak.
Cukup dengan berjalan selama 2 minit di antara beberapa jam itu boleh membakar 59 kalori sehari, seperti yang dicadangkan oleh satu kajian oleh University of Wisconsin-Milwaukee.
seorang makcik cadangkan kepada Tedi agar jangan tidur selagi belum capai 10,000 langkah sehari, dan sekarang purata langkah Tedi adalah 6,000 langkah sehari.
Tedi selalu bersenam?
Aik, duduk diam tak boleh, tapi rupa-rupanya selalu bersenam pun boleh jadi punca berat badan Tedi tak turun?
Salah satu alasannya adalah kerana apabila bersenam, Tedi lapar, dan apabila lapar, Tedi makan, dan selalunya makan lebih banyak sebab Tedi fikir Tedi dah bakar banya kalori.
Tapi satu lagi sebab adalah senaman boleh sebabkan badan kita simpan banyak air. Plasma darah kita akan simpan 2 hingga 4 pound air untuk elakkan kita kekontangan. Kita akan sentiasa bawa air tersebut hinggalah apabila badan kita tidak aktif.
Ia adalah sesuatu yang positif, jadi jangan risau sangat pasal berat badan.
Tedi asyik tertekan
Cortisol adalah nama hormon yang berkaitan dengan tekanan. Ia akan aktifkan neuropeptide Y, sejenis kimia dalam otak, yang akan meminta karbohidrat.
Jika Tedi tak ambil makanan pun semasa tertekan, cortisol masih boleh sebabkan kegemukan, kerana bilangan cortisol yang banyak akan memperlahankan kadar metabolisme.
Selain itu tekanan perasaan yang teruk boleh sebabkan lemak di simpan di bahagian abdomen, kawasan yang susah nak turunkan lemak.
Nasib baik senaman boleh redakan stress. Makanan yang seimbang juga boleh membantu, juga sokongan kawan-kawan dan keluarga.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.