بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Tadi dah siapkan draft kertas kerja untuk Analisa Keperluan Pengguna. Insya-Allah esok akan dibentangkan jika ketua projek tidak menyibukkan diri beliau. Kalau beliau sibuk pun Tedi tidak merisaukan diri, kerana Tedi bolehlah buat kerja-kerja amal yang lain... amal la sangat... hahaha...

Esok Proton Saga BLM 1.3 MT IAFM Duel Blitz Monster mungkin akan keluar bengkel. Tedi tak sabar dah nak bertemu beliau. Gayatlah naik kereta Subaru XV STI yang tinggi tu.

Alhamdulillah, ini adalah kiriman ke 1000 Tedi dalam interpretZZ ni.. semoga akan berterusan mengirim... manalah tahu boleh jadi sumber rezeki.

Aduhai.. nak kena siapkan lukisan obor-obor pula dah...

  • Tedi dah lah kaku tangan kalau bab melukis ni, diminta pula melukis obor-obor.
  • Manalah Tedi reti... huhu...
  • Obor-obor ni dah lah lembik macam agar-agar macam mana Tedi nak serlahkan kelembikan beliau dalam lukisan?
  • Ermm... Cari ilham dululah...

Bagaimana ya nak lukis obor-obor?

Nasib baik ada teman yang sudi kongsi ilmu, semoga lukisan Tedi boleh jadi sehebat lukisan beliau.

  1. Lukis satu betuk seperti kuih pau, bahagian atas melengkung, bahagian bawah rata sahaja.
  2. Kemudian lukis pada bahagian bawah yang rata tu lengkung-lengkung kecil menghala ke dalam, seperti cendawan.
  3. Lukis 3 tentakel pada bahagian bawah.
  4. Kemudian pada 3 tentakel tu lukis garizan agak zig-zag 2 garis setiap satu. Biar tak nampak hebat, asalkan zig-zag.
  5. Akhir, lukis garisan-garisan halus di sekelilingnya.

Lukisan obor-obor ringkas

Lukisan obor-obor Spongebob

Ini lukisan obor-obor Spongebob.. hehe..

Lukisan obor-obor Sin Chan

Lukisan obor-obor ala Sin Chan? Memang pemalas... Tapi itulah seni. Tetapi hakikatnya Tedi nak lukis Sin Chan pun tak jadi. Kesimpulannya janganlah kutuk orang sesuka hati sedangkan diri sendiri tidak berbakat.

Lukisan obor-obor skema


~20191217~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih