Gambar seketul keju Gegak Gempita
Penggunaan Keju Gegak Gempita (Rumble Cheese)
- Keju Gegak Gempita digunakan untuk mengumpan Master of the Dojo Mouse (Tikus Mahaguru Dojo) di kawasan Pinnacle Chamber.
- Buat masa ini tiada tikus lain yang berminat dengan keju ini membuatkan para Pemburu Tikus kerugian besar jika terlupa tukar keju.
Pengenalan
- Tidak banyak yang diketahui berkenaan keju ini
- Ramai pemburu beranggapan ia dicipta oleh Angkatan Furoma untuk hancurkan kerajaan Gnawnia.
- Keju ini sangat tidak stabil dan memancarkan kuasa misteri daripada asasnya.
- Kuasanya mengganggu ketenangan tikus-tikus sehinggakan mereka menjauhinya, tetapi para pemburu percaya ia adalah umpan terbaik untuk menangkap seekor tikus yang hebat iaitu Master of the Dojo.
- Oleh itu, sebelum menggunakannya, pastikan anda ada perangkap jenis taktikal yang kuat. Perangkap taktikal selalunya berguna untuk tikus yang pakar dalam seni pertahankan diri.
- Memandangkan Master of the Dojo Mouse itu kuat mungkin hasil tangkapan tak sampai 50%. Untuk Tedi mungkin 1/4 sahaja atau 25%. Tetapi kerana harga jualan tikus itu mahal maka pelaburan untuk menangkapnya sangat berbaloi bagi Pemburu Tikus yang mahu kumpulkan emas.
20160428
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.