Apakah yang perlu Tedi lakukan jika tiba-tiba Tedi terserempak dengan ular?
Musim panas ini memang banyak kita dengar kes ular serbu kediaman manusia untuk menyejukkan badan.
Jika dikatakan kita tiba-tiba terserempak dengan ular, apa yang patut kita lakukan?
Ini pesanan Touch 'n Go Sdn Bhd dengan inspirasi daripada JPAM:
Nasihat Umum Ketika Berhdapan dengan Ular
- Jangan panik jika anda mengetahui atau mengesyaki kawasan anda dimasuki ular.
- Kenalpasti kawasan yang diketahui atau disyaki terdapat ular dan kuarantinkan kawasan tersebut.
- Jangan lakukan pergerakan provokasi atau gerakan mengejut terhadap ular. Peratusan untuk ular menyerang adalah lebih tinggi jika berasa diri mereka terancam.
- Cuba kenalpasti ular itu berbisa atau tidak, dan jika tidak pasti, anggap sahaja ia rerbahaya.
- Telefon 999 panggilan kecemasan untuk minta bantuan (contohnya JPAM).
- Perhatikan ular dari jauh supaya ia tidak hilang dari pandangan dan sekaligus menyukarkan pencarian sementara menunggu bantuan sampai.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.