بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Terserempak dengan Pelawas di Jalan Bangi-Dengkil...

Selesai Tedi dan keluarga bermain badminton di Bangi, kami singgah makan di sebuah kedai makan di Jalan Jenderam-Bangi.

Selesai makan Tedi ternampak sebuah kereta dengan perkataan yang agak menyentuh jiwa, yang berjaya memaksa Tedi mengambil gambarnya dengan bersembunyi dan membuatkan Tedi terfikir-fikir.... apakah Pelawas tu? bukan pasal ehem ehem ke?

gambar kereta Proton SAGA dengan sticker Pelawas

Apakah maksud perkataan "Pelawas"?

  • Pelawas ialah sejenis gentian polisakarida yang tidak dapat dicernakan atau diserap oleh tubuh.
  • Pelawas ialah selulosa tumbuhan yang tidak dapat dicerna dan diserap.
  • Dalam sistem pencernaan, pelawas akan menyerap cecair, mengembang lalu menambahkan isi padu dalam usus besar.
  • Dengan cara ini pelawas merangsangkan pergerakan peristalsis dan membantu dalam perkumuhan.
  • Kekurangan air dan pelawas boleh mengakibatkan sembelit dan penyakit divertikula.
  • Sekiranya peristalsis tidak berlaku, bahan buangan akan berada lama dalam usus besar. Ini menyebabkan air diserap dan akibatnya najis kering dan keras iaitu menyebabkan sembelit.
  • Sumber pelawas terdiri daripada buah-buahan, bijirin, sayur-sayuran , dan kekacang

Betullah apa yang Tedi fahami selama init.

Jadi apakah maksud sticker "Pelawas" tu pada kereta tersebut?

Adakah ada sesiapa pedajalkan tuan kereta Proton Saga berwarna hitam itu dan dia tidak dapat membuang sticker tersebut daripada badan kereta beliau?


~20160227~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih