بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

AirAsia hantar email batalkan penerbangan AK 6440 dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur
Gambar notis pembatalan penerbangan daripada syarikat AirAsia
  • Petang Tadi master menerima satu email daripada AirAsia menyatakan mereka membatalkan penerbangan kami menaiki AK 6440 dari Kota Bharu di Kelantan ke Kuala Lumpur.
  • Terkejut beruk Master dibuatnya, lalu Master segera forward kandungan email tersebut kepada Mommy.
  • Mommy cuba nak call AirAsia untuk penjelasan, tapi cajnya mahal pula.
  • Master cuba gunakan live chat tetapi ruangan chat tersebut tiba-tiba down.
  • Akhirnya kami ke KL Sentral untuk ke kaunter AirAsia.
  • Mujurlah ketika kami tiba suasana di AirAsia tidaklah sesibuk mana.
  • Kakitangan AirAsia di kaunter nombor 9 menjelaskan bahawa penerbangan AK 6440 yang kami sepatutnya naiki telah digantikan dengan AK 6443, iaitu pesawat yang berlepas sejam selepas AK 6440 dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Pengkalan Chepa.
  • Kami tidak perlu berbuat apa-apa jika bersetuju dengan cadangan penerbangan baru itu, dan kakitangan itu tolong cetakkan keterangan lanjut tetang penerbangan kami yang baru itu.
  • AK 6440 sebelum ini pernah meletup tayar di Sibu, mungkinkah pesawat itu mengalami masalah lagi kali ini?

Nota: setelah beberapa kali menaiki kapal terbang menggunakan khidmat syarikat penerbangan tambang murah AirAsia, kami mula memahami syarikat penerbangan AirAsia memang suka melewatkan atau membatalkan penerbangan kita dan kemudian mereka akan kumpulkan kesemua penumpang ke dalam satu penerbangan untuk menjimatkan kos. Sesuatu yang menyakitkan hati anda jika anda perlu tiba awal ke destinasi.

 


~20160418~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih