Satu kajian terkini mencadangkan bahawa Planet X, yang dikatakan planet ke-9 dalam sistem solar mungkin menjadi punca kepada kepupusan besar-besaran di Bumi.
Punca kepada pancuran komet yang berlaku setiap 27 juta tahun.
- Planet yang masih belum ditemui itu dikatakan mencetuskan pancuran komet yang dikaitkan dengan kepupusan di atas Planet Bumi pada sela masa kira-kira setiap 27 juta tahun.
- Melalui kajian sebelum ini, para pengkaji secara tidak sengaja menemui Planet X apabila objek-objek di Kuiper Belt mengalami keanehan orbit. Kuiper Belt adalah daerah yang berbentuk cakera dan mengandungi kumpulan komet dan objek-objek gergasi selepas orbit Planet Neptune.
- Menurut Daniel Whitmire dan kawan-kawan beliau dari University of Arkansas, Amerika Syarikat, orbit Planet X yang menyerong perlahan-lahan berputar sehingga Planet X melintasi deretan komet-komet di Kuiper Belt setiap 27 juta tahun menyebabkan beberapa komet tersebut dirempuh masuk ke bahagian dalam Sistem Solar.
- Komet-komet yang terbabas itu bukan sahaja menghentam Bumi malahan mereka akan bertaburan dalam Sistem Solar semasa mendekati Matahari, sehingga mereka menghalang jumlah cahaya Matahari yang sampai ke Bumi.
- Pada tahun 1985, satu rekod paleontologi menyokong idea berlakunya pancuran komet-komet pada tarikh 250 juta tahun lalu.
- Kajian yang lebih baru pulamembuktikan bahawa perkara yang sama berlaku pada kira-kira 500 juta tahun lalu.
- Pengkaji meyakini Planet X bersaiz di antara 1 hingga 5 kali saiz Planet Bumi, dan berada pada kedudukan 100 kali lebih jauh daripada jarak Bumi ke Matahari.
- “Apa yang menarik adalah terdapatnya kebarangkalian sebuah planet yang jauh mempunyai pengaruh yang amat penting kepada evolusi kehidupan di Bumi” – Whitmire.
- Kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal Monthly Notices terbitan Royal Astronomical Society.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.