Jam sudah pukul 2 pagi, 30 April 2016.
Ini adalah karangan kedua Tedi setelah karangan sebelum ini hilang kerana komputer riba Ted ini tiba-tiba sahaja keluar skrin biru.
Tapi Tedi gagahkan menaipnya semula kerana ini adalah pengalaman penting yang ringkas tapi mungkin bermakna. Mungkin sahaja skrin biru itu sebagai amaran agar Tedi tidak meneruskan karangan ini yang ternyata berkenaan dengan rezeki seseorang.
Tapi Tedi yakin dengan “apa yang disemai itu yang dituai” atau “what you give, you get back”, jadi tiada salah Tedi meneruskan niat jahat Tedi ini.
Atau mungkin sahaja Tedi akan menangisi kekhilafan Tedi jika ternyata Tedi berburuk sangka dengan manusia.
Selenggara 100 kilometer pertama XV STI di Subaru Seremban
Petang tadi Mommy bawa Subaru XV STI ke Subaru Seremban a.k.a Rangkaian Auto Trade Sdn Bhd dengan niat buat penyelenggaraan 1000 kilometer pertama.
Ternyata mekanik di sana agak peramah dan berikan tunjuk ajar. Dia kata XV ni ada dua masalah iaitu bunyi angin ketika memandu, dan juga wheel bearing yang akan perlu diganti pada sesetengah kereta. Kenyataan itu konsisten dengan nasihat encik Hanafi daripada AE.net.
Wheel bearing rupa-rupanya hanya 60,000 kilometer jaminan, harus prihatin, dan cepat-cepat tukar sebelum jarak itu.
Jumlah dalam cek kurang daripada yang dijangka
Selain itu Mommy kutip cek rebat beli Subaru XV tersebut memandangkan pada masa nak buat keputusan beli XV STI tu kami agak keberatan kerana tak dapat warna yang dikehendaki, dan bersedia beralih ke CX5 jadi bos di sana bagi rebat untuk bantu kami buat keputusan.
Masalahnya nilai dalam cek itu agak kurang berbanding yang sepatutnya, jadi Mommy minta resit beli kereta untuk tahu pecahan harga. Resit beli kereta kami tak dapat semasa ambil kereta dahulu.
Kurang tu adalah dalam beberapa ratus.
Admin Rangkaian Auto Trade Sdn Bhd (Subaru Seremban) kata resit tu ada pada penjual yang uruskan pembelian kereta tersebut.
Malangnya apabila Master tanya si penjual, dia kata “nanti confirm dengan admin”, seolah-olah macam resit tu tiada pada dia. Malaslah nak berburuk sangka, tapi… ermm… apa yang kekawan fikir kalau macam tu?
Tedi sebelum ni ada baca juga kes penipuan oleh penjual kereta, mereka kata nak beri aksesori, tapi harganya masuk dalam bayaran. Ada juga yang suruh kita ambil pinjaman yang lama, nanti mereka dapat peratus sekian-sekian. Ada yang kata nak beri hadiah itu ini, tapi sebenarnya benda-benda tu memang sudah diberi bersama pembelian kereta itu sendiri.
Malaslah nak fikir benda-benda macam tu. Harapnya dalam berniaga ini diberkati cukuplah, sebab itu cuba juga dapatkan pinjaman Islamik, dan juga beli dengan penjual Muslim, moga ada berkat muamalat.
Kita hidup ada agama, ada Tuhan.
Lampu brek ke-4 dah sampai tapi wayar pula tak sampai?
Selain itu masalah lampu brek ke-4 XV STI tu masih belum selesai. Khabarnya lampu brek dah sampai tapi wiring pula tak dihantar sekali.
Tak tahulah apa masalahnya, adakah Motor Image punya masalah nak uruskan logistic?
Sebelum ni kereta salah hantar, kali ini barang pula tak sampai.
Orang dari Motor Image minta buat laporan
Khamis lalu, 28 April 2016, Master ada berbual dengan orang dari Motor Image, mengadu pasal lampu brek ke-4 tiada pada kereta.
Individu tersebut kata, wajib ada, kerana kereta Mommy tu batch 2015, semua XV ada lampu tu.
Dia minta Master buat laporan ke Motor Image dengan lampiran gambar dan delivery note.
Master tunggu dulu, bagi peluang kepada Rangkaian Auto Trade Sdn Bhd (Subaru Seremban) buat kerja mereka, kalau betullah apa yang didakwa wayar masih belum sampai.
Menurut individu dari Motor Image tu, sepatutnya dalam seminggu sahaja dah dapat barangan tersebut. Kami pula dah tunggu 3 minggu belum ada khabar berita.
Kembara ke Melaka
Okaylah, dah lewat benar ni. Siap sahaja kiriman ni Tedi nak tidur, tapi mungkin singgah dapur dulu cari makanan.
Pagi nanti nak bergerak ke Melaka bersama Irsyad dan Pak Ngah Irwan dan Mak Ngah Umie.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.