Sistem adalah satu alat untuk membantu manusia memudahkan kerja mereka.

Malangnya manusia selalu anggap sistem adalah untuk selesaikan pekerjaan mereka. Apabila kerja mereka selesai dengan jayanya dengan bantuan alat tersebut mereka okay sahaja.

Tapi apabila mereka hadapi masalah dengan kerja mereka, sistem disalahkan atau menjadi "kambing hitam".

Tedi tak boleh hadap mereka yang negatif sebegini.

sistem analisis peperiksaan sekolah, manual pengguna, bantuan sistem buat mereka yang tidak pandai guna

Jika mereka tak mampu nak gunakan sistem itu dengan betul, usah gunakan. Jika mereka rasa alat itu tidak membantu, usah gunakan.

Ini tidak, nak salahkan sistem, mentang-mentanglah sistem itu Tedi yang perkenalkan.

Pisau.. pisau adalah alat untuk memotong.

Ia boleh digunakan untuk menyiang ikan, tapi jika manusia tidak pandai siang ikan, adakah salah pisau?

Ia boleh digunakan untuk mencederakan orang, dan jika ia digunakan untuk cederakan orang, adakah pisau yang salah?

Padahal ia diciptakan untuk memudahkan kerja manusia.

Atau mungkin sahaja manusia mahukan pisau yang boleh siang ikan sendiri?

Atau mungkin sahaja manusia mahukan pisau yang sendiri mengelak daripada membunuh?

Ya, mereka mahu. Pasti mereka mahu. Kerana mereka mahu alat itu sendiri menampal kebebalan dan ketidakupayaan mereka sendiri.

Ini semua najis lembu.

Manusia lain okay sahaja dengan system yang sama, kau pula lebih-lebih kutuk dan keji, padahal kau tak reti guna dan tak pernah belajar nak guna.

Jika kau ketinggalan zaman dan mahu terus tinggal dalam gua, silakan, tapi jangan heret kami sekali.

Sekian.