Terjaga dari lena, jam sudah menunjukkan jam 7.33 pagi.

Aduh... macam mana boleh tak sedar ni?

Kami semua tidak menyedarkan diri kami pada pagi ini.

  • Bayangkan, tiada seorang pun yang sedar! Ish ish ish...
  • Ironinya pula sebelum Subuh tadi dalam jam 5 pagi Mommy dah kejutkan Master, tapi awal benarlah pula.
  • Nampak gaya Master kena ambil cuti mengejutlah pagi ini, kali kedua dalam minggu ni, sudahlah cuti tak berapa nak ada.
  • Bila difikirkan memanglah marah kenapa boleh jadi begini? Tapi ini semua ketentuan Allah SWT. Kita dah usaha macam-macam, tidur awal, set penggera, tapi kalau dah takdir-Nya begitu, kenalah terima.
  • Apabila difikirkan apakah sebabnya semua itu berlaku, kita takkan terfikir sebabnya kerana  pernah dikatakan oleh cikgu Tedi, "perancangan Allah SWT itu adalah pelik"
  • Kita hanya akan mampu fahami rasionalnya apabila kita mendapat jawapan sama ada melalui wahyu (al-Quran & hadith) atau kita sendiri menerima kesannya (pengalaman).
  • Macam kes kami ini, adakah Allah SWT menggesa kami agar mengambil satu bungkusan pos di Pejabat Pos Salak Tinggi seperti notis yang kami terima semalam?
  • Atau adakah berlaku sebarang kecelakaan di jalanan?
  • Atau ini atau begitu?
  • Kita takkan pernah dapat menduganya.

20160412