Kawan Mommy kata ada kedai makan yang sedap di Salak Tinggi berhampiran Hijau Bistro dan Hotel Bary Inn.

Master pun dengan yakin mencilok masuk ke simpang selepas Petronas Salak Tinggi

Master dah lama agak ada kedai makan di sana cuma dari luar ia tak berapa kelihatan kerana kedudukannya yang agak terlindung oleh tebing tanah yang agak tinggi.

Master pesan Mi Kari.

Mi Kari yang dipesan agak mewah dengan bahan-bahan seperti bebola ikan, kek ikan, sayur, dan ayam.

Karinya juga pekat, cuma apa yang agak mengganggu Master adalah dia berasa seperti mi kari itu banyak bahan perisa.

Master berkata sedemikian kerana dia mengalami simptom sendawa seperti selepas dia makan mi segera. Tapi mungkin telahan itu silap, tubuh badan sendiri, masing-masing yang tahu. Wallahu'alam.

 

Mommy pula pesan Nasi Goreng Borak-Borak.

Mommy kata rasanya biasa-biasa saja, Mommy pun boleh masak, tapi bahan-bahannya still mewahlah.

Suasana Dalaman yang Selesa

Suasana dalam Borak-Borak D'Garden ni memang selesa, kerusinya pun berat mungkin diperbuat daripada kayu mahal.

Surau pun ada. Tandasnya tidak pula Tedi jenguk.

Lokasi Borak-Borak D'Garden

Terletak berhampiran Hotel Bary Inn, kalau dari KLIA atau Kota Warisan, selepas Petronas Salak Tinggi, dan Institut Kemahiran Belia Negara Sepang, masuk simpang yang ada lampu isyarat tu, kemudian masuk simpang kanan pula.

 

pelan kedudukan Borak Borak D' Garden Salak Tinggi.
 

Kemudian masuk kanan lagi, terus ke hujung dan kemudian ke kiri.

Sebelum sampai tu memang kawasan situ nampak macam kawasan tak hidup kerana kedai-kedai banyak kosong, mungkin sebab tu ramai orang tak tahu kawasan tu ada kedai makan yang menarik.

Tapi mungkin tak lama lagi di jalan masuk itu akan meriah kerana dah nampak ada kedai yang dalam proses renovation, mana tahu kan jadi hotel nanti.

Untuk peta ke sana boleh klik link ini: Peta ke Borak-Borak D' Garden Salak Tinggi.

Boleh juga hubungi nombor telefon +60 13-437 6415.

Malangnya ia hanya beroperasi pada jam 4 petang sehingga 11 malam.

 

Kemaskini : Menu yang dicuba selepas itu.

Selepas kehadiran kami ke sana buat kali pertama, kami singgah lagi selepas itu, ini adalah beberapa menu yang sempat dicuba.

Ayam Goreng di Borak Borak d Garden cafe jalan 4 Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Ayam Goreng dengan Sos BBQ. Dimasak tidak terlalu garing, kulitnya agak rangup, manakala isinya kekal berjus. Pertama kali makan ayam goreng seperti ini.

Bihun Goren di Borak Borak d Garden cafe, Jalan 4, Bandar Baru Salak Tinggi Sepang.

Bihun Goreng, memang siap dengan telur mata. Jadi toksahlah memandai-mandai nak tempah telur ayam goreng mata kerbau sekali ya... hehe

Kiriman ini berkaitan tempat makan sedap di Salak Tinggi, tempat makan menarik di Sepang, tempat makan sedap di Salak Tinggi, kedai makan Salak Tinggi, dan where to eat in Sepang.