Selama ini Tedi  makan bijirin cereal campur susu skim kerana Tedi fikirkan ia sangat bagus untuk kesihatan.

Kebelakangan ini Tedi dah jarang makan bijirin cereal bersama susu skim kerana Tedi akan ke-angin-an atau rasa berangin satu badan.

Tapi yang Tedi terkejut hari ini apabila tahu ada banyak kajian yang nyatakan bahawa susu penuh lemak dari ladang adalah lebih baik berbanding susu rendah lemak dan susu skim.

Kenapa? Sebab kajian mereka menunjukkan siapa yang minum susu tanpa lemak lebih cenderung untuk menghidap diabetes.

gambar susu Marigold HL

Kajian oleh Harvard University dan Tufts University

Para penyelidik dari Harvard University dan Tufts University telah menguji darah lebih 3000 manusia dewasa berumur dari 30 hingga 75 tahun yang bebas diabetes.

Mereka kemudiannya membuat ujian susulan ke atas peserta tersebut dan mendapati bahawa mereka yang lebih tinggi kandungan produk sampingan susu penuh lemak dari ladang dalam darah mereka adalah 46% lebih kurang menghidap diabetes dalam tempoh 15 tahun penyelidikan tersebut.

Tahap risiko adalah konsisten walaupun para penyelidik pertimbangkan juga berat badan peserta.

Gula penyebab berlebih berat badan?

Kenapa begitu? Tiada jawapan pasti, tapi Time mendapati bahawa apabila manusia memilih diet rendah lemak, mereka cenderung untuk gantikan kalori yang hilang dengan pengambilan gula dan karbohidrat, yang menyebabkan peningkatan berat badan, salah satu faktor utama diabetes.

Kajian ini juga disokong oleh satu lagi kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Nutrition yang telah memantau data kesihatan lebih 18000 wanita pertengahan umur dan mendapati bahawa mereka yang mengambil susu tinggi lemak menurunkan risiko obesity atau terlebih berat sebanyak 8 peratus.

Namun kajian ini tidaklah bermaksud menggalakkan pengambilan lemak, tetapi menggalakkan manusia untuk pelbagaikan diet mereka.


20160414