Kalau nak dibandingkan dengan anjing pastilah kita semua tahu kucing lebih sukar untuk didekati dan dibuat kawan. Ramai orang yang bela anjing yang kata kucing tidak penyayang.

Tapi pemilik kucing pasti takkan setuju dengan pernyataan ini.

Kucing bukannya tak penyayang cuma ianya lebih sukar untuk menerima penyataan sayang daripada mereka.

Jadi, bagaimana untuk tahu bahawa kucing kita sayangkan kita?

Berikut adalah tanda-tanda yang mereka akan tunjukkan apabila kita telah memenangi hati mereka:

  1. Ekor kucing kita akan tegak dan bergulung sedikit
Gambar kucing ekor tegak, bengkok sikit, sambil manja-manja... sayang lah kononnya tu..

Ekor kucing menceritakan segelanya. Berbeza pula dengan Doraemon yang tiada ekor. Begitu juga dengan kucing yang serupa macam Doraemon.

Jika diabaikan Doraemon, untuk tahu seekor kucing itu secara umumnya baik moodnya dan lebih senang untuk dirapati adalah apabila ekornya tegak dan bergulung sedikit di bahagian hujung seperti tanda soal.

  1. Kucing kesayangan kita akan memberikan urutan
Gambar  kucing lagak seekor kucing sedang mengurut kawannya iaitu seekor kucing juga

Erm… dalam banya-banyak kucing Nek Mak, Cuma ada seekor yang macam ni. Apabila Nek Mak lunjurkan kaki selepas penat menjahit, si Bobo Jr akan datang dan meijat-mijat lembut kaki Nek Mak dengan menggunakan kedua-dua kaki depannya, seperti sedang mengurut.

Perbuatan ini selalunya akan dilakukan mereka ketika kita tidur, atau sebelum tidur.

 

  1. Mereka akan ikuti anda ke mana sahaja

Kucing adalah makhluk degil dan suka bebas. Tapi ada kucing yang sayangkan tuannya akan sentiasa ekori jirannya walaupun jirannya pergi bergossip dengan jiran sebelah.

Perlakuannya itu adalah seperti seekor anjing kecil yang setia.

 

  1. Kucing kesayangan kita akan berikan kita “hadiah”

Bila kenangkan kembali, kenyataan ini sangat sesuai dengan Si Comel, kucing yang kami pernah ambil dari Batu Caves.

Dia selalu bawa balik hasil buruannya, seperti ikan kolam, burung, dan paling haru, ular! Semuanya dilonggokkan di depan pintu dapur.

Apabila digoreng ikan yang entah dari kolam mana dia tangkap tu untuk beri dia makan, dia tak jamah pun. Dibawanya balik semata-mata mungkin nak tunjuk yang dia ni hebat? Atau sebagai tanda terima kasih?

Nasib baik dia tak pernah tangkap ayam ternakan orang kampung.

 

  1. Mereka akan berbunyi purrrrr dengan lebih kerap

Tak tahulah sama ada itu bunyi mereka berdengkur atau mereka bernafas, tapi bunyi itu hanya apabila kita ni dianggap sebagai rakan se-purrrr mereka.

 Itu sahaja buat masa ini, rajin-rajinlah perhatikan perangai kucing anda ya.


20160411