• Amazon telah melancarkan perkhidmatan video atas talian yang dikenali sebagai Amazon Video Direct.
gambar logo Amazon Video dilancarkan
  • Perkhidmatan video atas talian tersebut menyediakan perkhidmatan untuk para penggunanya memuat naik video dan kemudian memperolehi keuntungan melalui iklan, royalti dan sumber-sumber lain.
  • Perkhidmatan video atas talian itu juga membenarkan kandungan yang dimuatnaik untuk disewakan, dimiliki, atau ditonton secara percuma beserta iklan.
  • Langkah Amazon ini adalah satu persaingan kepada perkhidmatan video atas talian YouTube yang dimiliki Google.
  • Nampaknya Amazon cuba mengejar YouTube sekaligus memperolehi pendapatan melalui trend terkini di mana pengguna menonton video on demand secara suapan langsung.
  • Mungkin jika pada suatu masa nanti semakin banyak syarikat memperkenalkan perkhidmatan sebegini, monopoli ASTRO ke atas saluran TV berbayar di Malaysia akan pecah, dan mereka terpaksa menurunkan harga langganan perkhidmatan mereka.
  • Video atas permintaan (video on demand) tentunya lebih selesa ditonton mengikut waktu kita sendiri.

20160513