Newcastle hanya mampu seri dengan Aston Villa.

Nasib kita kini seperti telur di hujung tanduk, dan kita tahu kini bahawa nasib Newcastle United terletak kepada baki 1 perlawanan terakhir.

Hutton berebut bola dengan Wijnaldum semasa Aston Villa seri 0-0 dengan Newcastle sekaligus mengheret Newcastle ke kelompok penyingkiran.

Namun sebelum perlawanan menentang Tottenham itu, The Toon mungkin akan tersingkir lebih awal jika Sunderland berjaya menewaskan Evertoon dalam perlawanan di pertengahan minggu nanti.

Peluang yang ada pada Newcastle hanyalah apabila Sunderland kalah dalam baki 2 perlawanan mereka manakala Newcastle menang menentang Tottenham, satu perkara yang agak mustahil memandangkan Sunderland berjaya menundukkan Chelsea 3-2 dalam perlawanan malam tadi.

Harapan semakin kelam, Newcastle sudah terjebak kakinya dalam kelompok penyingkiran mengekori Norwich City yang sudah pasti akan tersingkir, dan hanya keajaiban sahaja dapat membantu kita.

Penyokong Aston Villa tiada semangat kesukanan.

Menyoroti perlawanan semalam Tedi kecewa dengan sikap penyokong Aston Villa yang mengganggu perlawanan dengan mencampak belon-belon dan bola pantai ke dalam padang. Hal ini mengganggu kelancaran serangan pasukan Newcastle United.

Selain itu juga mereka menyanyikan "Kamu turun (tersingkir) bersama Aston Villa", hal yang menyakitkan hati penyokong Newcastle.

Tapi itu adalah kawasan mereka sendiri, jadi memang tugas mereka membantu pasukan mereka dalam mana-mana perlawanan.

Aston Villa bertahan baik dan sukar bagi pasukan kurang berkualiti seperti Newcastle untuk tembusi pertahanan mereka. Tapi jika Newcastle mengasak lebih keras, Tedi percaya kemenangan akan tiba juga.

Pada tahun 2009, Aston Villa adalah pasukan yang menyingkirkan Newcastle setelah Newcastle tewas di laman lawan, dan sejarah itu mungkin berulang.

Howay the lad.

20160508