Mommy beli baju dalam lelaki berlogo Superman untuk Master di Tesco Kota Bharu hari tu.
Tak tahulah apa yang Master fikir semasa bersetuju untuk membelinya.
Harganya RM 30 dan ia cuma baju dalam lelaki menggunakan kain jersi.
Kalau guna baju jersi biasa saja pun sudah cukup patutnya.
Hari ini Master teringin untuk berlari setelah sekian lama tidak bersenam.
Adakah dia akan memakai baju dalam lelaki Superman tersebut? Atau adakah dia hanya akan memeramnya menjadikannya tukun?
Baju dalam atau inner shirt Superman untuk lelaki ini boleh didapati dalam warna hitam, biru, hijau, dan oren di TESCO Kota Bharu dengan harga RM 30. Tak tahulah kalau TESCO di tempat lain ada menawarkan produk yang sama seperti ini.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.