Ramai yang keliru dengan perwatakan Tedi.
Mereka bertanya kenapa Tedi kurang bersifat kewanitaan? Tedi tak mahu jawab.
Tapi kenapa pula mereka fikir Tedi ini kurang kewanitaan? Mungkin saja kerana Tedi minat cerita pasal bola, atau pasal kereta, atau pasal dinosaur?
Kurangkah kewanitaan apabila berbicara hal itu semua?
Bukankah Tedi ada bercerita berkenaan kucing? Pokok cili? serai? dan lain-lain lagi.
Minat masing-masing lain-lain, dan itulah perspektif kita, saling berbeza.
Kini, pada masa ini Tedi mungkin lebih minat berborak pasal Newcastle United, tentang perjuangan sebuah pasukan yang hampir sahaja tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris dan kini masih bergelut cuba mempertahankan kedudukan mereka di liga nombor satu England.
Tapi itu tidak bermakna Tedi kurang kewanitaan.
Tapi perlukah Tedi bersifat kewanitaan? Kenapa?
Apakah maksud feminin?
Seperti biasa Tedi takkan puas hati kalau hanya menggunakan sahaja sesuatu perkataan tanpa mengkaji maksudnya. Maksud perkataan "feminin" dalam Bahasa Melayu.
[fé.mi.nin]
Tulisan jawi untuk "feminin": فيمينين
Definisi:
- berkaitan dengan ciri-ciri wanita atau kewanitaan.
- Contoh ayat: tugas-tugas seumpama itu amat sesuai dengan sifat mereka yang lemah lembut dan feminin;
- (Linguistik) berkaitan dengan kata yang memiliki ciri yang dikaitkan dengan keperempuanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Feminin adalah "feminine" dalam Bahasa Inggeris.
20160505
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.