Uruskan gambar Blogger melalui Google Album Archive
Pada zaman sekarang sudah tiada Picasa Web Album kerana ia telah ditelan oleh Google Photos jadi kita sudah tidak boleh buang gambar dalam kiriman di Blogger melalui Picasa Web Album. Namun kita masih boleh uruskan gambar dalam Blogger menggunakan Google Album Archive (https://get.google.com/albumarchive).
Tedi pun berasa musykil kenapa tak boleh uruskan dalam Google Photos? Tetapi bagus juga kerana ini bermakna kita tidak memenuhkan storan dalam Google Photos di mana mulai 1 Jun 2021 kita akan perlu bayar jika mahu guna lebih daripada 15 GB.
Mengikut fahaman Tedi, Google Album Archive adalah tempat di mana Google simpan semua gambar yang kita upload ke mana-mana perkhidmatan yang disediakan Google seperti Picasa Web Albums, Blogger, Hangout dan Google Photos.
2021055
Buang gambar blogger melalui Picasa Web Album
Sekarang Tedi cuba gunakan telefon pintar ZTE Blade milik Mommy untuk mengirim beberapa kiriman bergambar.
Gambar-gambar itu Tedi ambil terus menggunakan kamera telefon pintar Mommy ini.
Sekali baru Tedi perasan yang gambar ditangkap adalah bersaiz 9MB!
Habislah ruang storan dalam akaun Blogger Tedi nanti kalau semua gambar sebesar itu. Dan Tedi pula tentunya tak berkesempatan untuk edit gambar yang ditangkap terus gunakan kamera telefon pintar Mommy.
Rupa-rupanya gambar-gambar itu semua boleh dibuang melalui Picasa web album.
Cuma perlu logon ke dalam akaun Picasa anda, cari album yang menggunakan nama blog anda, masuk ke dalamnya dan delete sahaja gambar yang tidak diingini.
Lega hati Tedi selepas mengetahuinya. Hik hik hik...
20160523
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.