Master nak tempah jersi original Newcastle dari United Kingdom melalui 1 laman web.
Harga dalam 11 pound sterling. Jadi kalau nak tahu nilainya dalam Ringgit Malaysia, sudah tentulah kita kena tukar matawang pound sterling itu kepada Ringgit Malaysia.
Jadi Tedi sekadar Google "18 GBP to MYR", di mana GBP adalah Great Britain Pound dan MYR adalah Ringgit Malaysia.
Tengok-tengok Google dah convert siap-siap, nilainya dalam 105.08 Ringgit Malaysia sahaja (sahajalah konon).
Mahal juga tapi itu termasuk kos penghantaran 6 pound sterling, kalau ikut harga baju ialah dalam RM 70++, harga sama bagi jersi tiruan gred bagus yang dijual di Campbell.
Nampaknya Google dah serap semua function penting dan tak lama lagi semua pertanyaan boleh terus dapat jawapan melalui Google tanpa perlu pergi ke laman web lain.
***
20160505
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.