Kelam-kabut Tedi dibuatnya apabila diarahkan tunaikan cek di CIMB Bangsar South.
CIMB Bangsar South yang beralamat di Ground and 1st Floor Tower 1, Avenue 5 Bangsar South City (The Horizon), Kuala Lumpur menjadi pilihan Tedi kerana ia terletak berhampiran Pantai Dalam dan Kampung Kerinchi. Sebenarnya Bangsar South ni memang di Kerinchi pun cuma entah macam mana kerajaan DBKL lebih gemar nama Bangsar South disemadikan di sana. Letak je la nama Kerinchi, apa ada hal?
Malangnya cawangan CIMB Bangsar South ini telah dipindahkan ke KL Gateway. 20210203
Tapi jika kawan-kawan ke The Horizon ni, jangan keliru kerana ada 2 bangunan CIMB, satu di depan di Avenue 5 dan satu lagi di Avenue 7 yang dikatakan pejabat CIMB sahaja.
Pagi tadi Tedi pergi, kedua-dua mesin jahanam, sama ada yang canggih mahupun yang agak tak berapa nak canggih. Yang canggih ada mesej “Out of service”, manakala yang kurang canggih tak boleh disumbatkan cek.
Petang hari Tedi melawat semula kawasan kejadian, segala puji bagi Allah, mesin deposit cek sudah berfungsi.
Tedi agak kebuntuan juga kerana Tedi belum pernah tunaikan cek CIMB, jadi terfikir juga bagaimana cara tunaikan cek CIMB ni?
Tedi pun perhatikanlah beberapa pengguna menggunakan mesin deposit cek CIMB tu, dah macam rupa perompak pula, dan nasib baik juga pada mesin tu ada cara guna mesin deposit cek tu. Taklah kalut sangat.
Kalau tidak, susah juga nak cari cara macam mana nak cash kan cek tersebut di tengah-tengah himpunan manusia yang ramai di sana.
Cara-cara menggunakan Mesin Deposit Cek (Deposit Cheque Machine) CIMB versi baru:
- Isi maklumat seperti Nombor Akaun (untuk terima duit), Nama (pemegang akaun), dan Nombor Telefon (pemegang akaun) di bahagian belakang cek.
- Pergi ke mesin tu sentuh skrin dan pilih bahasa.
- Masukkan Nombor Akaun, periksa nama pemilik akaun.
- Masukkan pulak jumlah amaun cek tu (dalam RM), kalau lebih dari satu kena jumlahkan sendiri.
- Tunggu lampu hijau berkelip sebelum masukkan cek.
- Tunggu resit dicetak.
Berkenaan tempoh cek ditunaikan pula atau tempoh cek masuk dalam akaun CIMB, kelazimannya cek tersebut akan ditunaikan dalam tempoh 3 hari bekerja jika tidak ditendang, jika cek ditunaikan sebelum 11 pagi khabarnya ia akan masuk ke akaun pada hari yang sama.
Semaklah akaun selalu ya…
20160504
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.